Okay kali ni cik meow malas nak meraban merapu panjang2 . huu. Straight to the point, Cik meow nak share skit tentang makanan kesihatan yang boleh kita ambil. Dan cik Meow sendiri pon makan makanan2 ni :)
Macam yang kita semua tahu zaman sekarang ni hampir 80% makanan harian kite mengandungi bahan kimia atau pengawet makanan yang berlebihan. Yelah.. walaupun kita masak kat rumah, mesti ada letak ajinomoto atau bahan perasa sikit kan. Tu pun kalau kita yang masak sendiri. Kalau kedai yang masak, ntah berapa tan ajinomoto die masuk dalam masakan T_T Bahan2 ni semua kalau di ambil secara berlebihan mungkin boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang. Tu belum masuk lagi makanan segera yang kita makan, Megi, McD tu semua. huuu.. Jadi, kita sangat terdedah dengan penyakit2 seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Mencegah lebih baik dari merawat kan kan kan.. hee. So, kita kena jaga lah kesihatan kita dari sekarang. Hargai kesihatan yang Allah kurniakan pada kita. Kesihatan merupakan salah satu nikmat besar dan tak ternilai harganya. Jadi hari ni cik meow nak share serba sedikit makanan kesihatan yang cik meow pilih dan amalkan.
Gulsan Pomegranate concentrate / Gulsan pati delima |
Madu Al Shifa |
Hi goat susu kambing |
Kismis ^^ |
So, ini antara makanan kesihatan yang boleh kita amalkan selain dapat beribadah kerana kebanyakan yang cik meow senaraikn kat atas ni adalah makanan sunnah. Haa.. cik meow nak share satu resepi (wahh wahhh.. :P) atau cara cik meow makan makanan kat atas tu supaya jadi lagi sedap. hehe.
Selalunya cik meow akan campurkan sekali madu, susu dan kismis dalam 1 cawan. hehe (sebenarnya malas nak makan satu2, banyak nau) tapi sedap taw ! serious ! hee. kalau tak percaya boleh cuba. Susu tu buat suam suam je. Lepas tu tambah satu sudu madu then masukan 7 biji kismis. Nanti kismis tu akan kembang kat dalam susu suam tu, lembut je bila di makan. hehe, sambil minum sambil kunyah2 gitu. hee. Lagi pun susu kambing Hi goat tu tak berapa manis. So, tak ada masalah klau di campur dgn madu tadi. Tak jadi terlalu manis pun. Sedang2 je manis nye ^^
Okay lahh.. ni je kot untuk setakat ni. Banyak lagi makanan kesihatan yang ada jual kat luar sana. Cuma nya kita kne pandai pilih sbb kdang2 ada yang tak sesuai untuk badan kita. Tapi yang cik meow senaraikan kat atas ni In shaa Allah sesuai untuk semua lapisan usia. Kalau ada yang tak sesuai tu maybe special case. Lagi pon apa yang cik meow senaraikan ni kebanyakkan nya makanan sunnah dahn cik meow sendiri dah menggunakannya. Alhamdulillah setakat ni cik meow dapat rasa manfaatnya. Ini salah satu ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan, tapi kalau kita di serang juga dengan apa-apa penyakit, terimalah dengan redha kerana itu mungkin ujian daripada-Nya. Tapi ingat.. Bukan ubat ubatan atau makanan kesihatan ni yang menyembuhkan penyakit kita, tapi Allah yang menyembuhkan. Allah menurunkan khasiat kepada makanan makanan ni. Kalau tak ada khasiat daripada Allah, makanan ni semua tak ada apa apa dan cuma makhluk biasa je sama seperti kita. Hee, tu apa yang ayah cik meow selalu pesan :)
cik Meow ^^
Salam
ReplyDelete