A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Saturday, June 28, 2014

Ade ke kerja yang tak penat ? o.O


Huwarghhhhh! Penat.. huu.
Eh eh, baru kerja nak masuk 2 minggu dah merungut penat cikmeow ni? :P
Haha, tu lah dia bahananya bile dah lama sangat melepek dekat rumah mengembangkan lemak2 dalam badan. Dah la tu, tak ade buat aktiviti riadah pulak tu. Manja lah badannye, tu yang hari first cikmeow kerja balik je rumah lepas isyak cikmeow dah pengsan tidor. haha. Tapi biasa la tu kan, hee. Dah lama tak exercise. Nanti dah lama2 it's gonna be okay. Nanti lama2 badannya dah biasa pegi balik kerja, akan rasa biasa. hee.

Thursday, June 12, 2014

Sijil SPM yang di peram !


Tadaaaaaa !
Haha, dah2, jangan ade terlintas di fikiran korang utk tny cikmeow grade ape yang cikmeow dapat utk setiap subjek tu. Sbb cikmeow TAKKAN dan TAK MUNGKIN beritahu. Ngehehe
Itulah die sekeping kertas yang berjaya cikmeow peram dekat sekolah cikmeow selama 3 tahun. Muahaha!

Jom dengar ENJIN meow (CAT PURRRSS)



*Belanja sikit gambar budak jebat ni membuta :P

Cakkkkk! hee. Tadi mase cikmeow tengah syok jalan2 lenggang kangkong bayam sawi sume di blog korang, titibe budak jebat nomey2 gedik ni datang kat cikmeow. Pastu sendel2 lended2 kat cikmeow dengan muke manis die, misai kedepan siap package dengan ENJIN sekali. Terus cikmeow tinggal lappy and amik dak jebat ni n gegomol beliau. huu. Geram betul! Saje tau jebat ni buat orang cair. Grrrrr ! >.<

Tuesday, June 10, 2014

Entry khas buat CIK OREN :)

Good morning everybodehhhh!
Assalamualaikum.. hee.
Haa.. entry pagi ni khas buat Cik Oren taw. 
Nape special sangat cik oren ni sampai cikmeow buatkan die entry khas? haa annn... special ann.. hee.

Cikmeow terharu sangat and nak berterima kasih dekat cik oren sebab die buat satu entry utk menyedarkan manusia2 yang suka mendera kucing ni. A simple entry with a deep message. Ni haa enrty nye Cikmeow seronok sangat bila tengok ramai lagi orang yang suka and sayang dekat binatang kesayangan Rasulallah ni. Lega rasa hati ni :)

Actually, dari semalam dah cikmeow baca entry cik oren tu. 
But I don't know why? I just can't leave a comment and leave my footprint on your blog. 
Cikmeow cube lagi pagi ni, pon tak boleh jugak. huuu..


Orang nak comment dekat entry die tak boleh. huu
Nak tinggalkan jejak pon tak boleh. huuuuu. sedihhh cikmeow T_T
Bile click dekat ruangan comment and shoutbox tak ade ape2 yang berlaku.
Bile cikmeow tekan tekan n tekan secara meng cadbury buta, tu yang keluar "CCCC" dekat shoutbox cik Oren tu klau cik oren perasan. hee.. lepas tu try click lagi nak tinggalkan jejak tak boleh jugak.
wuuuuuu sedih kite taw.. huu T_T
Rasenye lappy cikmeow ni yang sengal sikit agaknye. 
Ade la tu mane2 yang die x dapat support. Al maklumlahhh.. lappy tua dah ni. Lame beliau berkhidmat. huu.

So, sbb tu la cikmeow decide buat satu entry khas utk cik oren ni.
Hope sangat2 cikoren dtg bace entry ni, sbb kite nak tinggalkan jejak dekat blog die tak dapat
sob..sob.. sob.. huu.

ouh iye.. cik oren, Pusheen tu buat sendiri ye?
Nomey ! ('',)

luv u lah cik oren, hee.
cikmeow :)

Bayangan semalam - TRAUMA

*carian dari mr.google

Ada sesiapa yang tak tahu trauma tu apa? Atau ade sesiapa yang tak pernah dengar pon perkataan trauma tu? Eleyhh.. korang semua pandai2 and hebat. Rasanya mesti semua dah tahu and dah familiar sangat with that word. Cumanya kali ni saja cikmeow nak ajak korang dalami lagi dengan apa yang dikatakan dengan trauma tu. Mana la tahu entah2 kite sendiri tengah trauma tapi tak sedar kite tengah trauma. hehe. Atau mungkin  kita boleh lebih memahami hati dan perasaan yang sedang di tanggung oleh mereka2 yang sedang trauma? Jomm.. Cekidaaoouuuttttt ! hee.

Trauma atau juga dikenali sebagai Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) adalah suatu perasaan takut atau ngeri yang di alami oleh seseorang setelah die pernah mengalami suatu peristiwa yang menakutkan dalam hidupnya. Peristiwa takut atau ngeri yang dialaminya itu selalunya adalah peristiwa yang mungkin mengancam nyawanya atau apa2 peristiwa yang mengandungi kekerasan tidak kira dari segi fizikal atau mental. Ataupun kita boleh juga katakan ia sebagai suatu stress berlanjutan yang sering dan kerap di alami akibat peristiwa hitam masa silam. Haa.. agak2 korang ade rase2 yang macam ni tak? Ade? haa.. teruskan membaca! kalau takde pon bace jugak buat tambah pengetahuan, nanti cikmeow belanja frieskies! ngehehe :D

Antara tanda-tanda mereka yang mengalami PTSD atau trauma ni adalah :

> Selalu diserang mimpi buruk. Selalunya mimpi tu mimpi yang ade kene mngene dengan apa yang di traumakan tu. Dan mimpi tu dah tentulah menakutkan dan mngerikan. Selalunya mimpi yang sama berulang2.

> Selalu terbayang dan terfikir akan peristiwa buruk tu sehingga menyebabkan stress ( Mau tak stress dibuatnya kalau asyik teringat je kan)

> Masa teringat peristiwa tu, akan muncul beberapa respon fizikal seperti berpeluh dingin, resah, murung dan rasa berdebar yang amat sangat)

> Selalu akan mengelak daripada melakukan aktiviti berkaitan atau pergi ke tempat kejadian atau mungkin akan mengelak daripada orang yang terlibat dengan kejadian.

> Susah tidur atau terlebih tidur.

> Senang marah dan selalu moody.

> Senang terkejut dan terlalu waspada.

Haa.. macam mane? Dah cekk satu2 tanda tu? takpe2. Mehh bace lagi meh.. hehe :D

Selalunya, mereka yang mengalami trauma ni, aktiviti sosial dan aktiviti harian nya akan terjejas kalau die tak pandai control traumanya. Mane tak terjejas kalau dah asyik murung dan marah2 je kan. Tapi selalunya bukan mudah nak control perasaan trauma ni. Lebih2 lagi mase mula2 berlakunya peristiwa yang menakutkan tu dimana stress nya sedang di tahap yang agak tinggi. 

Mereka yang mengalami trauma ni selalu rasa dirinya tak berdaya, tak kuat, lemah dan rendah diri. Di saat ni mereka sangat2 memerlukan sokongan dari orang2 sekeliling untuk terus memberi sokongan dan dorongan. Motivasi yang membina sangat2 diperlukan oleh golongan ini dalam mengatasi trauma yang sedang di alami. Jangan sesekali di perlekeh dengan apa yang sedang dirasakan oleh mereka sebab itu boleh meningkatkan lagi rasa tak berdaya yang sedang mereka alami. Iyalahh.. cuba korang letak diri korang dekat tempat mereka, mesti korang akan rasa perkara yang sama.

Bagi mereka yang mengalami trauma, cube atasi rasa takut tu dengan cara yang betul. Cuba belajar pujuk hati sendiri dari rasa takut tu (tapi dah tentu tak semudah itu). Terima qada' dan qadar. kalau tak mampu jgk boleh berjumpa dengan pakar psikologi. Kalau korang ade mengalami trauma ni, jom kita amalkan doa ni :)

Kalau ada mane2 info yang cikmeow tersilap atau tersalah tolong betulkan ye. Biasalah manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Hee, info semua dari carian Encik Google k. hee.

Adakah cikmeow sedang mengalami trauma? Biarlah rahsia ~~  
:)

Sunday, June 8, 2014

Manusia DURJANA ! Tak guna ! >:'(


Assalamualaikum.. >:'(
Jangan tanya kenapa cikmeow sedih and marah sangat malam2 ni. Korang tengok sendiri gambar kat atas tu je pon cikmeow tahu korang cukup faham kenapa cikmeow marah n sedih. Huhhh..

Hmm.. mane cikmeow dapat gambar tu? Dekat FB dari salah satu group peminat kucing dan gambar tu di share oleh salah seorang ahli group yang turut sama kesal dengan perangai manusia tak gune dalam gambar tu. Kalau bukak FB cikmeow memang memanjang dekat news feed tu pasal kucing je la sbb habis semua group kucing cikmeow like. Huu. And memang kat situ tempat cikmeow buat hilangkan bosan bila tengok gambar2 and kerenah comel kucing2 yang orang ramai post.

Tapi kali ni, tengah syok2 cikmeow scroll2 FB ke bawah sambil tersenyum sengih sorang2 macam kerang wangi tengok kerenah comel kucing2 yang di post, tibe2 hati ni macam kene sentap, kena gilis dengan lori besar 18 tayar bila ternampak gambar kat atas tu >:'(

Manusia tak gune, durjana, gila, lakhanat, bodoh, dah dikurnia akal tapi tak nak pakai (sorry for the bad words, i'm totally mad rite now). Tak tahu apa salah binatang kesayangan Rasulallah tu sampai sanggup di gantung sampai mati macam tu. Dan apa sebenarnya motif si tak gune ni?

Kalau nak di ikotkan banyak lagi gambar2 kucing yang di seksa dan di aniya dengan kejam yang di jumpa dan di share oleh pecinta2 kucing. Tapi cukup lah satu ni saja yang cikmeow share untuk timbulkan kesedaran kepada mereka2 kat luar sana kalau ada yang berperangai seperti manusia gila dalam gambar tu. Cikmeow sendiri pon tak sanggup nak tengok gambar2 tu semua, tak pasal2 boleh banjir rumah cikmeow ni dek airmata yang berjurai tak henti kalah airterjun gunung ledang :'(

Seriously, sampai hari ni dan saat ni, cikmeow sangat2 tak faham dengan golongan manusia yang sanggup menyeksa binatang ni. Apa yang berada di benak fikiran diorang pon cikmeow cukup tak faham. Okay, kalau betul la binatang tu ada buat salah, contoh, kucing tu curi ikan. Paling banyak kucing tu boleh curi pon cuma seekor ikan je, mulut kucing tu pon comel je kecik, boleh gget bawak lari sekor ikan je. SEKOR ikan je. Tak boleh ke anggap yang SEKOR ikan tu dah tertulis rezeki utk si kucing tu? Kedekut sangat nak bersedekah cuma SEKOR ikan kpd kucing yang sedang kelaparan?

Satu lagi isu yang selalu berbangkit di kalangan mereka yang pembenci kucing dan penyeksa kucing. Iaitu isu tak suka jiran bela kucig atau kucing jiran bersepah masuk rumah die. Iya, betul, kucing adalah BINATANG yang tidak mempunyai akal fikiran. Kucing yang tanpa akal dan fikiran tahu ke dekat mana die boleh berak dan tak boleh? Tahu ke dekat mana tempat yang die boleh pegi dan tak boleh? Isu yang selalu berbangkit, kucing berak dekat umah jiran. Dan di situ mulalah berlaku pembunuhan kucing secara berekor2. DIRACUN nya binatang kesayangan Nabi tu. Bukan sekor dua ekor tapi kadang berekor2.

Kita adalah manusia yang cukup sempurna penciptaannya. Allah kurniakan kita bukan sekadar otak, tapi juga AKAL. Memang betul, siapa saja akan marah dan tak senang kalau ada kucing masuk halaman rumah kita n berak dekat rumah kita. Tapi cuba kita fikir balik, berakal kah kucing tu? Dan berakal kah pula tuan kepada kucing itu? Jadi, siapa yang punyai akal? Kucing atau tuannya? Jadi, kepada siapa yang harus kita lawan, berhadapan atau berbincang? Dengan kucing yang tidak berakal atau dengan tuan kucing yang berakal?

Sungguh BODOH manusia yang berakal dan membalas dendamnya tadi dengan kucing yang tak berakal tadi. Jadi, sama lah sudah kan tarafnya manusia tadi dgn binatang? Sbb die dah punya akal tapi nak berlawan dengan yang tidak berakal. Hah! Sungguh bodoh!

Jalan yang sebaiknya, jumpa sendiri dengan tuan kpd kucig tersebut. Beritahu die yang kita tak senang kucing die datang2 rumah kita, kita tak senang kucing dia berak dekat rumah kita. Minta tuan kpd kucing tersebut buat sesuatu sama ada kawal kucing dia ataw sebagainya. Buat lah apa cara sekali pun asalkan dengan TUAN kucing tersebt. Berurusan dengan TUAN kucing tersebut. Sebab yang mempunyai akal tadi adalah TUAN kucing itu. Walau yang melakukan kesalahan adalah kucing, tapi yang bertanggungjawab adalah TUAN kucing tu. Sebab nya hanya satu, BINATANG TIDAK PUNYA AKAL. dan MANUSIA ADALAH KHALIFAH yang dipertanggungjawab menjaga segala yang telah di kurniakan oleh ALLAH di atas muka bumi ni dengan sebaik2nya. Jangan diseksa binatang yang tidak tahu apa2.

Hmm.. satu lagi isu. Pasal orang2 yang dah tak ade benda lain nak makan ni. Selalunya ni orang2 vietnam dan myanmar yang sangat2 suka makan kucing. Di china pon macam tu jugak. Hmm.. sungguh tak faham. Apa dah tak ada makanan lain ke nak makan? Dekat Malaysia ni je pon golongan2 ni dah berani makan kucing. Dah banyak kes kucing2 yang hilang kena makan degan org mcm ni, ada satu kes tu, kucing nya hilang beberapa hari then jumpa kepala kucig nya saja dekat tong sampah. Kawasan rumah pulak memang bnyak warga2 vietnam n myanmar ni. Hmm.. bnyak lg benda lain yg sedap, knp nak makan kucing? Nak di ceritakan tentang halal haram, yang makan tu kafir la pula. Tapi tak tak la pulak kan klau ada yg islam yg sanggup makan kucing dekat Malaysia ni. Nak kata terdesak tak de makanan membohong sangat la, bkn nye dok kat hutan. Tak fahm.. tak faham..

Eh, panjang nye celoteh cikmeow? Huu.. tak sedar meluah perasaan tadi. Huu. Harap sangat2 manusia2 yang suka menganiaya binatang ni berubah. Tak kira la binatang apa sekali pon. Kita dekat dunia ni hidup jangan sombong dengan makhluk2 Allah yang lain. Setiap yang Allah ciptakan tu pasti ada guna nya. Tak ada satu pon yang sia2. Even babi dan anjing pon Allah tak cipta ia tanpa sebarang tujuan. Tapi kalau kita boleh fikir balik, Allah cipta dua ekor binatang tu, tapi diharamkan utk kita menyentuh dan memakan nya. Jadi, apa gunanya? Allah nak tengok sejauh mana hamba2 nya patuh dengan perintahnya spy tidak menyentuh dan memakan dua ekor binatang tu. Perintah yang mudah utk hamba2nya turuti dan dapat pahala. Hanya tak menyentuh dan tak makan. Itu pun ada juga manusia yang ingkar. Tapi tak bermakna kita kena seksa dua ekor binatang ni.

Ingat, kalau kita tak suka dekat satu2 binatang tu, kita just tak payah peduli kan binatang tu, biarkan je die. Tak payah amik tahu pasal dia. Tu je. Dah kate tak suka kan. Tapi tolong lahhh... tolong lah jangan di ganggu dan di seksa binatang tu.

Tambah2 binatang kesayangan Rasulallah ni.. :')





Tak faham sangat2, makhluk secomel ini pon ada manusia sanggup nak seksa :')

Yang kecewa,
Cikmeow

Friday, June 6, 2014

Hijab Stylishta : GOOD NEWS !


Cakkkk !
Hee, hari ni cikmeow nak bagitahu GOOD NEWS dari HIJAB STYLISHTA .
Ape good news nye ? hee.

Memandangkan semuanya berjalan dengan lancar, dengan izin Yang Maha Kuasa, In shaa Allah 
pembukaan HIJAB STYLISHTA secara RASMI akan dicepatkan pada 10 JUNE 14 :)

Stay tune k dear ;)
cikmeow jual MURAH2 je and paling penting siap ada PROMOTION lagi taw !
Stock pon dah ready, corak cute2 sangat ! 
Lagi cute dari Inchan n Jebat cikmeow. ngeeeee ! :P

So excited to release our FIRST BATCH and we gonna STUNNING YOUR STYLE ! :)

Love uollssssss, hee . me0w me0w ! :D

Wednesday, June 4, 2014

Hijab Stylishta is a NEW ONLINE SHOP !


Bismillahhirahhmanirahhim..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Cikmeow nak MEMPERKENALKAN kepada korang semua SHOPPING ONLINE terbaru iaitu HIJAB STYLISHTA :)
In shaa Allah, Hijab Stylishta akan mula beroperasi secara Rasminya pada 13 JUNE 14 iaitu pada hari Jumaat yang penuh berkat.
Hijab Stylishta akan menyediakan SHAWL dan BAWAL yang sangat2 MEMIKAT setiap mata yang memandang ^^
Harga yang sangat2 MURAH dan BERKUALITI.

Cikmeow harap2 sangat semuanya akan berjalan dengan lancar dan TEASER serta UPDATE terbaru untuk Hijab Stylishta akan sentiasa menyusul

CikMeow Harap sangat kawan2 blog cikmeow yang BUDIMAN CANTIK LG MENAWAN boleh tolong2 cikmeow promote Hijab Stylishta :)
Budi Baik dan jasa korang semua hanya Allah je yg balas. Sayangggggggg korang sgt2! :)


Instagram @hijab_stylishta :)
  Sudi2 lah follow ye. Dan jgn lupe like page Hijab Stylishta di FB.
 Cikmeow MINTA TOLONG SGT2 :)
Kalau sudi tolong cikmeow PROMOTE ye 
pleaseeeeeeee :')
Jasa dan budi baik kalian cikmeow takkan lupa :)

Nty cikmeow update lagi pasal Hijab Stylishta

With love,
cikme0w
  


#2 Liebster Award by FiFie !



Gem0rningggg! hee.
First of all thanks to cik Fifie sbb telah menjawab soalan2 yang cikmeow ajukan wlaupun merepekk . Ngehehe. Malam semalam tag cik fifie malam semalam jugak die jwb. Fast game gilerr ahh cik fifie ni. hee.
And next, I'm nominated again! yey! and it's by cik fifie. hee :)
So, here we g0.. :D

1) Share 1 gambar yang boleh buat korang gelak :))
Gelak cenggini ye. Ngeheeeee :D

2) Share 1 lagu yang boleh buat korang tersenyum :)
> Lagu Pencuri. Mehhh nak nyanyi skit ye. haha.
Jangan tinggalkan auramu,
disekelilingku,
ia membuat aku termimpi2 kan kita,

Jangan senyum bila didpn ku, 
Fokusku tergendala,
Kau memaksa aku menutup mata,
Tak sempat tutup telinga,
bila kau tertawa. 

Haiiihhh haihhh.. Tengah senyum ni, sweet nau lagu ni. hee :)

3) Apa yang post kegemaran anda yang anda tulis?
Yang ni. Nama pon cikmeow. hee.

4) 5 cara korang buat untuk buat diri sendiri gelak and happy blk bila korang down
> Luahhkan and manje2 with my cat :)
>Tido0ww! haha
>Tengok video2 meow dkt utube
>Ingat balik kenangan2 yang boleh buat senyum sensorang
>And of c0z laa text my lovely nomey2 EN.MEOW hee. 

5) 5 cara korang buat untuk menunjukkan korang suka dekat seseorang yg korang suka
> Ambik berat dekat die
> Stalk die and update je salu pasal die
> Cakap baik2 n lembut2 gilerr ngn die
> Curi hati die and buat die ketawa selalu
> Jujur

6) 5 cara berinteraksi dengan orang yg korang tak suka dan tak senang
> Cakap bila perlu je
> Sepatah die tanya sepatah jugak la jwb. huu.
> Kalau nampak die selalu elak dari terserempak.
> Nak habis perbualan cepat2
> Cari excuse supaya tak bercakap dgn die

7) 5 Cara melupakan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup korang
> Delete semua gambar dan kenangan. huu
> Sibukan diri dengan hal2 lain.
> Langsung tak ambik peduli pasal die.
> Takkan pernah sebut lg nama die.
> Buang semua barang yang die penah bagi.

8) 5 Jenis bunga yang korang paling suka
> Alaaa.. kita tak suke bunga laa... kite suke KUCING je. heee ^^

9) 5 Jenis/jenama/bau perfume yang korang paling suka
> errr.. kite pakai je pape perfume yang wangi. huuu.. kalau bende lainnn... KUCING lagi boleh ? hee :D

10) Apa komen anda tentang blog Fifie Feyca? ce komen skit
> Cantik dan kemas. sweet je tengokk :)

11) Pada pendapatan anda, apa yang perlu ditambah baik dalam blog fiefie ni? Maybbe nak share cara nak tambah viewers and add nuffnang earning.
> Tengok blog fifie macam dah perfect je semua. Kita masih baru, kite yang nak belajar dari fifie adelahhh . huu :)

Done !
Fuhhh.. macam jawab exam je rase. hehe.
Hope cik fifie puas hati ye :)
Muahhh muuahhh ! tata :D

Tuesday, June 3, 2014

Liebster Award from cik Aliya ! :)


Assalamualaikum! hee.
Buka2 je blog dapat tag dari cik Aliya. Hee, thanks cgt2 kat cik Aliya sbb sudi tag cikmeow :)
Akan ku jawab soalanmu yang bertalu2 itu dengan hati yang tulus ikhlas. Ececehhh... hee :P

Okiee la, cikmeow da excited sgt nak jawab soklan cik Aliya ni. hee, maklumlah, baru first time kena tag. huu, so, cekidaouuuuttttt... ! hee.

1) Berapa umur awak?
> Mude lagiiiii... ngehehe. Lahir tahun 93 yang awesome. haa, kire sendiri k. hehe.

2) Kalau saye nak ajak awak pegi korea sama2, awak nk ikut tak?
> Nak nak nak ! Tapi tu pon kalau ade orang nak sponsor lah. hehe. Sebab cikmeow pon memang someone yang suka jalan2 makan angin. Ajak je la p memane. Pegi jalan2 tepi parit je pon boleh excited terlompat2 :P

3) Awak suka warna apa?
> Cikmeow suka warna2 yang lembut. Yang tak terlalu striking. Contohnye macam warna2 yang cikmeow guna dalam blog cikme0w ni haaa.. Cantik warnanye kann kannn kannn! (syok sendiri jap) haha :P

4) Apa perasaan awak, bila orang yang paling rapat dengan awak kutuk awak depan boyfriend dia (w/pun bergurau...heee=))
> Geram gak lahh.. die ingat die sorang ade boyprengg? hehe. Tapi depends jugak lah dengan cara kutukkan tu, kalau kutukkan tu lebih kepada bergurau yang tak melampau, it's okay. Tapi, kalau sampai buat hati ni terasa tertusuk terhiris dan digilis, mauuu taching dibuatnya.

5) Apa respon awak?
> Respon eh? Ni merujuk soklan no 4 eh? Kalau respon, emm.. wat muke mata mengantuk n pandang satu tempat je. haha. Takde lah, maybe diam je kot. Sbb kalau cakap pape nanti mesti akan terbalas balik n akan terkeluarlah madah2 bercili yang mungkin akan mengeruhkn lagi keadaan. huu.

6) Apakah tindakan yang paling baik yang mampu awak buat untuk jaga hubungan baik tu dan dlm masa yang sama jaga perasaan awak sendiri...
> Jumpa personal dengan kawan tu then terus terang kat die (huu, yang ni salunye cakap senang, nak buat tu susa). Pastu bagitahu la kat dia yang kita x berapa berkenan die buat macam tu.

7) Apakah makna "adik beradik" dlm hidup awak?
> Bagi cikmeow adik beradik tak semestinya orang yang ade pertalian darah dengan kita, tak semesti nye seibu or seayah kandung. Tapi jugak orang2 sekeliling yang tersangat sangat sangat lah rapat dengan kita. 

8) Sejauh mana awak sanggup bekorban untuk adik beradik awak?
> Depends pada keadaan dan orang nya. huuu.

9) Apa pendapat awak tentang Blog Santai Aliya?
> Comel dan cantik. Cute je blog nya ^^

10) Ada tak komen@pendapat untuk penambahbaikan penampilan dan juga isi dalam blog Santai Aliya?
> Alaaa.. kite pon baru lagi la berblogging ni, tak berani nak komen2 blog orang. huu. Tapi dah tanya ni kite jawab je lah ye. Kalau pendapat cikmeow, blog Santai Aliya dah okay dah, tapi kalau di kemaskan penyusunannya sikiiiiiiiiiitttttttttt je lagi mesti lg gorgeous! ^^

11) Rasa2 Saye (Puteri Aliya) ni mcm mana orangnye...hehe(^__^)
> Kalau tengok dari gambar n blog nya, nampak orangnya macam lembut je. Macam sweet2 gitu. heee ^^


Fuhhhh... 
Selesai sudah menjawab soalan2 dari cik Aliya. 
Now, turn cikmeow pulak nak kemukakan soalan. heee, harap2 mereka2 yang bertuah yang akan di tag kejap lagi sudi jawab ye. heeee :)
Dan soalannya adalah...

1) Perasaan terhadap kucing? hehe.
2) Suka pet ape dan kenapa?
3) Prefer pakai shawl or bawal? Jenis macam mana dan kenapa?
4) Kalau pegi zo0, paling excited tengok binatang ape? hehe.
5) Teknik yang korang selalu guna utk pikat ibu or ayah supaya belikan something yang korang nak. ngehehe.
6) Warna yang paling korang tak suka dan sebabnya.
7) Kalau diberi peluang jadi jutawan utk satu hari shj, ape korang nak buat dalam satu hari tu?
8) Pernah kena marah gilerr2 x oleh sesiapa? and ape salah yang korang buat mase tu? hehe.
9) Udang dengan sotong mane lagi sedap? huu.
10) Satu perkataan je yg boleh describe diri korang.
11) Last skali... apa pendapat korang tentang blog cikmeow ni (Life's Rainbow) huu.

huhhh..
Siap pon 11 soalan. jenuhhh jugak nak pikir. huu, sowie lah ye kalau soalan2 cikmeow tu merapu meraban. haha. And hope sangat2 korang sudi jawab ye :)
Jomm kita tengok siapa yang kenaaaaa ;)


Hee.. Selamat menjawab! :)
Tata. 
hee.




Movie review : MALEFICENT

Cakk cakk cakk! Morning uollsss, hee.
Di pagi yang indah lagi nyaman ni, cik meow nak share sikit pasal cerita Maleficient yang tengah di tayangkan di pawagam. Alaa.. yang anjelina jolie tu.. huu.


Nah throwback skit la pasal hari tu cik meow ngedate with this kepoh girl. Orang penang. ngehehe. Ex housemate cikmeow mase study dekat Melaka. Die datang KeyeLL n bermalam di rumah cikmeow for a few days. 5 hari berturut2 kami berjoli menghabiskan wang saku. huuu T_T sekali sekala, sbb bile die balik cikmeow akan kembali terperuk di rumah menjerukkan diri. ngehehe. Maklumlah, tak dak kawan nak keluar. Forever alone mehhh ! huhh.

Mase date dengan makcik ni kitaorang pegi The Mines shopping mall kat Balakong. Jalan2 tak tahu nak buat ape kitaorang pon decide p tgk movie. Memandangkan mase tu dah hari ke-4 kitaorang berjoli, poket pon dah mule kempis. Tapi disebabkan makcik ni nak sgt tgk movie, die yang belanja cikmeow, muahahaha ! :P

Tadaaaa.. tiket yang dibelanja oleh my yana. hee.. kitaorang tengok cerita Maleficent. Cerita yang mane ek ? Cerita apa ni ek ? nahhh.. ni haa..




Bagi cikmeow cerita ni okay la. Not bad.
Ingat tak mase kecik2 dulu korang selalu tengok dan di ceritakan pasal cerita sleeping beauty? haa.. in reverse cerita ni lahh. Cerita ni mengisahkan pasal seorang gadis bernama Maleficent yang cintanya dikhianati oleh seorang lelaki yang tersangatlah tamak. Kalau dalam carita sleeping beauty, Malificent ni yang jadi ahli sihir jahat tu. Yang sumpah anak raja nama Aurora supaya tidur selamanya selagi tak dapat ciuman cinta sejati.

Dalam cerita Maleficent ni, die cerita balik macam mana Maleficent ni boleh jadi jahat. Macam mana die boleh jadi ahli sihir dan benci sangat2 dekat raja tu. Asalnye, Maleficent ni baik n seorang pari2 la kononnye. Die tinggal dekat satu daerah yang di huni macam2 makhluk pelik. Tempat tu kononnya cantik dan aman and raja negeri sebelah tu nak cuba tawan tempat tu tapi gagal.

Sejak dari kecik, ade sorang lelaki ni je yang pernah masuk alam tempat Maleficent tu tinggal. Nama dia Stephen. Lama2 Stephen dan Maleficent ni menjalin hubungan cinta. Cita2 Stephen ni nak jadi raja. Bila die dah dewasa, die dah lama tak jenguk Maleficent, Raja yang gagal takluk daerah Maleficent tadi dah nak mati, die titahkan siapa yang mampu balas dendam utk die dan bunuh Maleficent orang tu akan di tabalkan sbagai raja.

Si Stephen ni apa lagi, die kan kenal Maleficent n die kan memang nak jadi raja. Die pon guna kesempatan ni. Die jumpa Maleficent balik tapi die tak sanggup nak bunuh Maleficent. Tapi.. die potong sayap Maleficent sbagai bukti yang die dah bunuh Maleficent. Then die tinggalkan Maleficent macam tu je kemudian die pon menjadi raja. Kejam kan! Baik die bunuh je terus dari seksa hidup2 macam tu. Grrr ! (ehh, ter em0 pula. huu)

Mulai dari tu lah Maleficient ni jadi jahat. Die nak balas dendam dekat Raja Stephen tu. Tu yang die sumpah anak raja Stephen tu. Tapi, dalam cerita ni, Maleficent selalu follow princess Aurora tu dari kecik sampai umur die 16 tahun. Lame2 die jadi sayang dekat princess tu and die nak tarik balik la curse tu. Tapi dah tak boleh. Genap umur pricess tu 16 tahun, sumpahan tu pon berlaku. And u know what? A true love kiss utk hilangkan sumpahan tu adalah dari Maleficent sendiri. 

Hee , seterusnya apa yang jadi pada raja, princess and Maleficent tu, korang p la tengok sendiri movie tu nahh.. ceq tak larat nak carita. hehe. 

Apa2 pon, bagi cikmeow, movie Maleficent ni boleh tahan la. Biasa2 je. Yang best nye tgk movie mcm ni dekat wayang ialah bile part dorang lawan2 tu, berdentum dentam. Pastu die pny view tu cantik, suasana zaman raja2 omputeh dodulu. hehe. 

k la. Sampai sini je la. Nak tahu best ke tak cerita ni pi lah tengok sendiri nahh. hee

Me0ooww me0www ! :3

Monday, June 2, 2014

Susahnya dapat kerja T_T

*Gambar carian google yang sangat menusuk kalbu T_T

Jika anda seorang pelajar IPT atau lepasan pelajar dari mana2 IPT, apakah perasaan anda setelah melihat gambar di atas ? T_T

Huu , Assalamualaikum . 
Haihhhh.. Berhabuk dah blog cik meow ni . huu , lama sangat dah tak post ape2 , ni semua gara2 terlupa password hari tu . Grrrrrr ! huu .
Haa , sudah lah tu , perkara yang lama jangan di kenang . Dah la kecuaian sendiri ek , sape suruh lupe . padan muke cik meow . haha .

Actually, hari ni cik meow nak share, cerita, membebel dan bla bla bla pasal cari kerja . huuu . Mesti korang dah tengok kan gambar atas tu . huu , kepada bakal2 graduate mesti rasa seram2 sejuk sampai menusuk tulang sum sum gitu . huu , kepada yang dah grad macam cik meow ni, itu lah kenyataan dan hakikat yang harus di hadapi . Dekat sebulan lebih dah ohhh cik me0w jadi pengaanggur terhormat . Goyang kaki duduk rumah habiskan beras ibu . huuu T_T

Gambar dekat atas tu cukup tepat untuk menggambarkan kenyataan yang memang wajib bukan harus lagi tapi wajib di hadapi untuk lepasan2 pelajar IPT tak kira awam atau swasta. Masa belajar kemain lagi excited nak habis sebab tak sabar nak kerja cari duit. Bila dah grad lagi seronok dah merdeka konon nye. Haa lepas tu jadi lah anda sebagai penganggur terhormat . Muahahah ! bak kata orang jadi pemetik anggur. Tu pon kire okay la jugak kalau betul kerja jadi pemetik anggur, masyukk jugak duit. Ini tidak, duduk rumah mengabihkan boghehh yoooo. huu.

Sebenarnya susah cari kerja ni. Tambah dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat dan lambakan siswazah dari merata2 IPT. Korang ingat mase korang grad tu korang sorang je yang grad? Beratus ribu sekali grad untuk batch korang tu sebenarnye. Lepas tu bkn batch korang je, batch2 sebelum dan selepas korang tak kira lagi. Saingan untuk mendapatkan pekerjaan tersangatlah tinggi. Pointer kalau tinggi pon belum tentu lagi boleh terus dapat kerja. Tambah2 untuk fresh graduate.

Cik meow sendiri tengah mengalami fasa susah cari kerja ni sekarang sebenarnya. huu. Cik meow tamat belajar lebih kurang pertengahan bulan April macam tu. Sekarang ni dah bulan June. Sebulan lebih dah cik Meow duduk rumah menternak lemak dan jadi burung hantu dekat rumah T_T huu. Bukan cik meow tak cube cari kerja. Merata dah oohhh cik meow drop resume. Tapi baru cume 1 company je yang panggil untuk interview. huu. Itu pon hampehhh.. huu, pulak tu mase tu first time interview, nebes I mengatasi segalanya. haha. Tapi apa2 pon cik meow puas hati at least cik meow dah cuba.

Satu yang cik meow sedih masa interview tu, company tu terkejut bila dapat tahu yang course cik meow ambik ni tak ada praktikal. Hmm.. sedih jugak la. Cik meow ambik course Business Studies dekat satu IPTA ni and seriously penemuduga tu terkejut sangat yang cik meow tak ada praktikal. Cik meow mula rasa yang Diploma cik meow tak laku T_T

Ada satu cara je kalau nak cepat dapat kerja lepas grad, korang kena ada "kabel". Tu pon kena kabel yang betul2 kuat. Kalau takat kabel longgar2 gitu tipis la. Sbb hari tu cik meow pon ade try guna kabel utk drop resume dekat satu2 company ni, tapi kabel tu cume bau2 bacang je dengan company tu, tak ada jugak dapat call interview. huu. Tapi kebnyakkan kawan2, cik meow tengok yang terus dapat kerja lepas grad guna kabel. Kebnyakkan la, bukan semua.

Hmm.. dah sebulan lebih cik meow menganggur. Nak kata pointer teruk tak jugak, boleh tahan je rase. huu, mungkin belum rezeki. Tapi nampak macam cik meow kena tukar plan. Tak larat dah nak ternak lemak ni kat rumah. Baru duduk rumah sebulan lebih je pon badan dah naik 2kg. huwarrgggghhh !

Cik meow ingat sementara belum dapat kerja ni cik meow nak cari je dlu kerja2 part time or pape la yang boleh masuk duit. Promoter ke cashier ke. Atau mungkin berniaga? Tapi tu la, cik meow macam serik nak kerja jadi promoter or sale person macam cik meow part time dlu. penat n shift dorang kejam giler. huu. tapi mana ada kerja yang tak penat kan. Nama pon kerja. But seriously, zaman macam ni kita tak boleh memilih kerja sangat. Kerja apa yang ada kerja je dlu asalkan halal dan betul.

Sepatutnya, majikan2 dekat luar sana pon kena selalu beri peluang kepada fresh graduate. Bila bukak vacancy je mesti pengalaman atau experience yang dorang tekankan. Hmm.. kalau macam tu, sampai bila2 pon fresh graduate ni tak akan ada experience dan lame2 jadi tak fresh lagi lah. huu.

Tapi sebenarnya dalam masa kita menganggur ni banyak jugak benda baik yang boleh kita kejar. Kalau kita duduk serumah dgn family or mak ayah kita, mungkin masa ni lah kita boleh tabur bakti dekat mak ayah kita. Masa ni lah kita boleh spend time sepenuhnya dengan dorang. Hantar dorang pegi kedai, masak sama2 ke tolong2 kemas rumah ke tu pon dah cukup. Mungkin nanti bila kita dah dapat kerja, kita dah sibuk, balik2 kerja dah penat nak selalu buat semua tu.

Apa2 pon, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya. Kepada bakal2 penganggur macam cik meow ni, selamat mencari kerja sampai jumpa. huu. T_T

Semoga esok kita semua menjadi seorang insan yang menyumbang sesuatu kebaikan kepada diri sendiri, keluarga, negara dan semestinya Agama. In shaa Allah.

Sampai sini je celoteh cik meow malam ni. heee.
Assalamualaikum ^_^