A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Tuesday, December 31, 2013

Masa, dikau pergi tak kembali. Selamat tinggal 2013.


Assalamualaikum :)
Tepat pukul 12 tengahmalam ni, tamat lah sudah kembara kita di tahun 2013. Welc0me 2014, hope we can creat more beautiful rainbows in 2014 :) Semoga pada tahun baru yang bakal menjelma ni, kita lebih berdedikasi dalam meningkatkan kemajuan diri.

Tapi kann..
Adakah kita mempunyai azam yang sama sewaktu menjelangnya tahun baru Islam ? Awal Muharam merupakan hari penting kepada semua umat Islam dimana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke Madinah. Tapi sedih bila tiba awal muharam, sambutan nya agak hambar berbanding tahun baru. Bukan sambutan bunga api yang di harapkan. Tapi sambutan dari segi ingat memperingati sesama muslim.

Kalau kita perasaan, bila nak tiba tahun baru masihi je bukan main bnyak sms dan status2 di laman sosial yang gembira menyambut tahun baru masihi. Tapi bila tiba tahun baru Islam, awal muharam, semua seolah2 buat2 tak tahu. Buat2 tak ambil pusing dan mungkin ada yang tak tahu pun hari tersebut adalah tahun baru Islam. Amat kurang sms/pesan yang di terima dari rakan2 ketika tiba awal muharam, pesan yang mengajak kepada kebaikan, sama2 mendoakan, berpuasa dan sebagainya. Tapi syukur Alhamdulillah sebab masih ada yang saling mengingati awal muharam walaupun sedikit bilangan nya.

Hmm.. apa2 pun, bagi cik meow, tiap kali tahun baru masihi cik meow tak de rase apa2 sangat pun. Ntah lah, tak kesah sangat. Yang penting, kita memperbaiki diri bukan dari tahun ke tahun, tapi dari hari ke hari. Ingat lagi dulu, mase tu cik meow sekolah lagi. Cik meow tak ingat langsung yang malam tu malam tahun baru masihi. Tengah syok2 duk tengok movie dekat rumah, tiba2 dengar bunyi bunga api The Mines tengah2 malam (sbb umah cik meow dekat dengan The mines). Tengok2 jam pukul 12 tgahmalam. Tengok tarikh dekat PC, ouhhhh.. 1hb January rupanya. Hehe. Mase tu rumah sunyi je. Ibu ayah semua dah tidur.

Dalam pada tak kesah tu, cik meow penah jugak la keluar sambut tahun baru =.='' Itu lah pertama kali dalam hidup cik meow sambut tahun baru masihi ni dan tahun tu tahun 2013 ni lah. huuu. Tapi tak de perasaan nak sambut sangat pon, nak berjalan je lebihnya sbb cuti kan waktu tu, roomate cik meow yang ajak sambut dekat Bandaraya Melaka tengok bunga api n tahu2 Encik Meow dan family abg die pun ade sekali. hee.

Memang negara kita penduduk nya bukan didiami orang Islam sahaja. Sebab tu lah sambutan awal tahun masihi lebih meriah. Memang betul negara kita bukan nya orang Islam sahaja penduduk nya, tapi kalau kita lihat, mereka yang beragama Islam tu yang kadang2 lebih2 menyambut tahun baru masihi. huu..Apa kata lepas ni kita lebihkan tahun baru Islam pulak (pesan untuk diri sendiri jugak ni. huu.. ) Saling ingat mengingati dan berpuasa di bulan Muharam. Sama2 perbaiki mana yang silap (haihhh.. diri ini pun sama, masih banyak perkara yang perlu dibetulkan).

Apa2 pun...
2013 cik meow ditutup dengan something yang menyedihkan. huu.. Gaji cik meow kerja bulan 11 hari tu masih tak masuk2 lagi T_T Janji nya hujung bulan 12 ni. Apa yang company tu cube buat tak tahu lah.. nak tipu ke apa ke. 2hb ni kalau tak masuk jugak, terpaksa lah cik meow ambik tindakan. Huuu..

Jadi, dari tahun ke tahun, usia kita semakin meningkat. Masa yang dah kita lalui selama ni tak mungkin kembali. Masa yang kita dah bazirkan, masa yang kita dah sia-siakan, masa yang kita dah abaikan, semuanya tak mungkin kembali. So, masa yang kita masih ada sekarang ni, kita hargai dan gunalah ia sebaik mungkin ya :)

Cikmeow ^^

Monday, December 30, 2013

Bekerja VS Belajar.


Assalamualaikum.. hee..
Senang nye hati cik meow sekaranag ni, well.. tengah cuti mid sem kan. Hehe. Now, ada lebih kurang seminggu lagi untuk cik meow being lazy menikmati cuti :P. Hehe. Semalam ayah cik meow tanya cik meow tak nak kerja ke cuti 2 minggu ni ? Lepas tu die ketawa =.='' Huu.. ayah ni suka taw usik cik meow T_T Die tanya macam tu sebab mase cuti sem lepas cik meow ade bekerja dekat satu company pakaian berjenama ni. Dekat The Mines Balakong. Jadi, permanent promoter (cuti sebulan je tp permanent). Mase kerja situ cik meow serious stress giler. Sebab apa malas lah nak story, panjang sangat. Huu. Mase tu pon cik meow kerja sebab saje nak isi mase lapang kat umah and ada income sikit nanti.

Actually, mase tu ayah cik meow berkali-kali pesan supaya cik meow duduk rumah je tak payah kerja. Nanti penat je kata nya. Nahhh.. padan muka cik meow, sapa suruh degil2 lagi kan. huuu T_T Mase kerja situ hampir setiap hari balik je rumah merungut meraban meroyan sebab penat and tak puas ati kat tempat kerja. Paling ntah pape ngadu kat ayah balik pulak tu. Haha. Dah lah tak dengar cakap ayh memula. huu. Ayah pulak ketawa kan cik meow. huuuu. Lepas tu baru die pujuk and kasi cik meow semangat balik. See, seorang bapa tak kan pernah biarkan anak die sedih2, walaupun anak die degil. huu T_T

So, Bekerja dengan belajar ni mana lagi best ? o.O

Kerja.
Masa bekerja ni banyak sangat cabaran dan dugaan. Paling penting, mesti akan ada orang yang tak suka dengan kita kat tempat kerja tu. Walaupun kita dah buat prangai paling baik pijak kuman gajah pun tak mati, tapi still akan tetap ada orang tak suka dengan kita atas alasan macam2 dan salah satu darinya mungkin cemburu. Lepas tu akan mula lah adegan dengki medengki walaupun kita tak kacau orang. Tu belum masuk lagi dengan prangai pekerja lain yang mungkin menyusahkan dan mengganggu kerja kita (yg ni cik meow dah kena T_T). So, dalam dunia pekerjaan ni kita kena pandai berdikari. Sebab manusia dalam bidang pekerjaan ni hampir 90% mementingkan diri. Kalau adegan tak nak mengaku salah dan passing2 salah pada orang lain tu perkara biasa dah. Lagi satu masa kita kerja ni hari-hari kita akan buat benda yang sama. Huu, bosan kan. Tapi, itu lah kenyataan yang setiap manusia kena lalui untuk teruskan kehidupan. Kalau tak kerja nanti tak ada duit pulak nak makan kan. Kebanyakan perkara kita kena tahu buat sendiri.

Belajar.
Masa kita belajar kita selalu merungut nak cepat abis belajar dan tak sabar nak kerja kan. Hehe. Tapi sebenarnya zaman belajar ni lah yang paling Awes0me sekali ^^ Tak percaya ? Berapa ramai yang rindu nak balik zaman sekolah ? hehe. So, masa zaman kita belajar ni macam2 benda baru yang kita akan belajar. Hari hari kita akan belajar benda baru. Pergi kelas hari2 cikgu atau lect akan ajar benda baru. Commitment kita hanya pada belajar. Paling best bila kita buat banyak perkara dengan kawan2. Buat assignment sama2 sume. Pssttt.. paling best kalau jumpe buah hati (tetibe tringat Encik meow. ehh.. heee). hehe, orang kata bercinta zaman belajar ni best. Iyeke ? ntah lahh.. kalau cik meow best. kalau anda tak tahu lah. hehe. Tak dinafikan zaman belajar ni pun banyak cabaran dan dugaan yang kita kena tempuhi. Tapi biasa lah tu lumrah hidup. Supaya kita lebih bersedia dan mengenal dunia.

So, kalau tanya pada cik meow,  cik meow rasa belajar lagi syok kot ^^
Sebab banyak perkara2 yang awesome yang akan berlaku masa kita belajar. Hari2 belajar perkara yang baru. Tapi ntah lahh.. ni cume pendapat cik meow je. hehe.

Apa-apa pun, zaman pekerjaan mesti kita lalui sebab memang itu perjalanan hidup seorang manusia. Dari zaman belajar ke zaman pekerjaan. Cuma nya, mesti kita akan rindu zaman blajar kita bila kita dah bekerja nanti dan apa yang kita belajar dulu tu lah yang menjadi bekalan kita menempuh dunia pekerjaan yang penuh cabaran. So, sesiapa yang masih belajar tu, hargai lah zaman belajar anda sebaik mungkin dan cipta lah kenangan indah sebaik mungkin. Nanti dah kerja bila teringat boleh buat senyum sorang2. heee :)

cikMeow ^^

Sunday, December 29, 2013

Diet laman sosial.


Assalamualaikum.. meow meow.. eh, meow pulak. hee ^^
Haa.. tengah buat apa tu ? Tengah chat ye kat facebook ? Tak pun tengah tweet ? Tak pun tengah ber moment2 di wechat ? Atau pun tengah mengganggu penduduk2 di dalam whatsapp handphone anda? Laa.. ape lah cik meow ni dok merapu meraban kan.. dah tentu tentu orang tengah baca post cik meow ni. hehe.. 

Wokeyyy.. kali ni cik meow nak carita pasal Diet laman sosial. Apa ke jadah nye lah cik meow ni merepek lagi ye ? Orang diet makan, ni diet laman sosial ? Iyupp.. cik meow nak ajak semua yang tengah ketagih laman sosial kat luar sana tu supaya berdiet. Eh.. sapa ketagih ? Memandai je cik meow ni menuduh ye. hehe. Cik meow tak tuduh anda ketagih laman sosial dan cik meow tak kata semua manusia kat luar sana tu ketagih laman sosial. Mungkin segelintir (yeke segelintir? cam dah ramai je. huu). Tapi, kalau anda tergolong dalam kriteria di bawah, anda juga merupakan seorang penagih laman sosial. Wahahahahaha (gelak jahat) :D

Pertama : Angau dan gila bayang dekat incik Laman sosial.
Orang macam ni selalunya die akan jadi tak keruan dan gelisah kalau sehari tak online facebook atau yang sewaktu dengannya. Mula lah nanti die makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena (eh, mcm terbalik je :P). Die rasa macam di seru seru oleh facebook tersebut supaya online. Seperti ada suara yang menghantui gitu :P

Kedua : Sanggup berkorban.
Yang ini pula beliau tak kesah kalau tak makan dan ikat perut asalkan dapat online facebook atau laman sosial beliau yang tercinta. Beliau juga sanggup men topup (habis jahanam bahasa) kredit di talifon pintar beliau supaya mereka dapat melanggan internet melalui talifon. Walaupun waktu tu beliau ade duit ckup2 je. Dan sanggup tak makan asalkan ade internet. huu, baek belanja cik meow makan mehh.. ngehehe :P

Ketiga : Ouhh.. facebook ku syurga ku.
Haa.. orang macam ni dia seolah olah stuck kat dalam dunia laman sosial dia sendiri. Die macam tak jumpe jalan keluar. Macam orang kena sorok bunian dan tak sedarkan diri, =.='' mana tak nya, tak kiralah tengah makan, minum atau berjalan dia still akan berada dalam dunia internet die sendiri. Still dalam dunia maya dia sebab die makan minum dan berjalan pun sambil online :3 kalau kita bercakap dengan die pon die tak perasan. Macam kita bercakap dengan selipar jepun yang terputus talinya. huu.. Panggil berkali2 baru die dengar. Pastu macam orang baru tersedar dari pengsan. huuu.. Ada ke di kalangan anda yang tergolong dalam kriteria ni ? hehe..

Keempat : Setia bersama walau apa jua rintangan dan halangan.
Hoho, extreme betul tajuk yang ke empat ni . haha :P Orang yang ketagih laman sosial ni selalunya kalau boleh tak nak offline walau sesaat pon. Kalau boleh 24 jam beliau nak mengadap facebook je (die tak rasa nak muntah ke ngadap facebook 24 jam. huu T_T) Lepas online dekat lappy pindah pulak dekat handphone. Kalau die tengah syok2 online titibe kena keluar kejap ke makan dengan family, kompem die akan switch pindah online dekat handphone pulak. huu, sayang betul beliau dekat incik facebook ye. huu.

Kelima : Teman tidur.
Yang ini pula kalau die nak tidur mesti die online dulu dekat handphone baru die buleh tidur agaknya. huu. Konkonan macam baca bedtime story laa sebelum tidur. huuu. Dah wish good nyte dekat semua makhluk yang ada dalam friend list laman sosial die baru lah die senang hati nak tidur. Ouhhh, how sweet this people :3 lol. haha. See, die sayang betul dengan kawan2 facebook die. hehe.

So, ini lah antara ciri2 atau kriteria manusia yang sedang mengalami ketagihan laman sosial yang berjaya di kaji oleh saintis2 meow sedunia. haha. Anda tergolong ke ? hehe. Eleyhh, cik meow ni poyo0 je.. ntah2 cik meow yang macam 5 golongan kat atas tu. haha. Memey laa.. cik meow tulis ni dari pengalaman cik meow sendiri :3 tp tu satu mase dlu mase zaman cik meow hot2 gitu. haha (hot ke ? lulz) Mase zaman cik meow baru2 nak up. huuu. Zaman sekolah2 menengah. Tapi ntah kenapa, start cik meow sambung Dip. ketagihan tu mule hilang sikit2. Sampai kadang kalau tak online sebulan pon tak kesah. huu. (kecuali mase zaman cinta berputik antara cik meow dengan Encik meow dulu^^) ehem ehem.. hee.

Tak salah kita nak berfacebooking, bertweeting, berwhatsapping dan berwechating.. cuma kita kena pandai limitkan supaya laman sosial ni tak control hidup kita :) Rasanya, aktiviti ni sesuai di lakukan ketika ada waktu terluang sahaja (melainkan bagi mereka yang ada buat business di internet). Waktu kita makan, kita makan, waktu kita kerja, kita kerja. Waktu kita bersama family, ketepikan dulu laman sosial ni. Sampai satu tahap kritikal kadang tu, kawan2 satu meja makan, tapi tak bertegur sapa sebab masing2 sibuk dengan handphone dan laman sosial masing2.

So, sapa2 yang rasa dia ketagih laman sosial ni, marilah berdiet laman sosial. Lagi pon tak elok mengadap internet 24 jam je, dikhuatiri minda kita tidak berkembang dan hilang interaction skill dengan orang2 di dunia nyata. Takut jadi malu tak bertempat nanti sebab tak biasa dah bersembang dan berbual dengan orang di dunia sebenar :)

Sekian,
cik meow ^^

Makanan kesihatan yang memberi manfaat.

Assalamualaikum..
Okay kali ni cik meow malas nak meraban merapu panjang2 . huu. Straight to the point, Cik meow nak share skit tentang makanan kesihatan yang boleh kita ambil. Dan cik Meow sendiri pon makan makanan2 ni :)

Macam yang kita semua tahu zaman sekarang ni hampir 80% makanan harian kite mengandungi bahan kimia atau pengawet makanan yang berlebihan. Yelah.. walaupun kita masak kat rumah, mesti ada letak ajinomoto atau bahan perasa sikit kan. Tu pun kalau kita yang masak sendiri. Kalau kedai yang masak, ntah berapa tan ajinomoto die masuk dalam masakan T_T Bahan2 ni semua kalau di ambil secara berlebihan mungkin boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang. Tu belum masuk lagi makanan segera yang kita makan, Megi, McD tu semua. huuu.. Jadi, kita sangat terdedah dengan penyakit2 seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Mencegah lebih baik dari merawat kan kan kan.. hee. So, kita kena jaga lah kesihatan kita dari sekarang. Hargai kesihatan yang Allah kurniakan pada kita. Kesihatan merupakan salah satu nikmat besar dan tak ternilai harganya. Jadi hari ni cik meow nak share serba sedikit makanan kesihatan yang cik meow pilih dan amalkan.

 Gulsan Pomegranate concentrate / Gulsan pati delima
Haa.. yang ni cik meow amalkan 1 sudu pagi sebelum makan. Khasiatnya menyeluruh, tak kira tua muda boleh amalkan pati delima ni. Memandangkan khasiatnya sangat bnyak, boleh lah berkunjung ke http://bantaltulang.blogspot.com/p/pati-delima-gulsan.html untuk maklumat lanjut tentang khasiat pati delima ni (nampak nau malas nak tulis. hee :P). Selain itu, buah delima juga merupakan makanan sunnah :)

Madu Al Shifa
Seterusnya madu, penawar yang telah dijanjikan Allah. Tapi hati2 ye jika membeli madu. Pastikan bukan tiruan. Kalau tiruan bukan makin sihat, makin terbaring di katil hospital pulak nanti. huu. Sebab madu tiruan selalunya ada campuran gula yang banyak. Bahaya k. Lebih lanjut lagi tentang khasiat madu sila lah ke sini ye http://panduanpercuma.info/tahukah/3544/khasiat-madu-lebah/ hehe. Cik meow selalu makan madu Al shifa dengan madu khaula. Tu pun bnyak pihak yang sengal dan tak bertanggungjawab buat yang tiruan. Botol dan pelekat nye memang hampir serupa. Kena perhatikan betul2. Madu yang original memang mahal sikit. Student macam cik meow ni memang masih belum mampu kalau nak beli sendiri T_T tapi nasib baik cik meow ada banker setia, huuu.. my lovely father. hehe. Tenkiu ayah ! ^^

Hi goat susu kambing

Tahukah anda susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu ? Haa ! tak tahu.. ? ishh ishhh.. kan cik meow dah bagitahu tu ? hehe . So, kajian dah menunjukkan susu kambing ni adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan semestinya lebih baik dari susu lembu. "Eeee.. susu kambing hanyir lahhh" Tak ye tuan puan sekalian. Susu kambing Hi goat ni langsung tak hanyir. Kalau belum cube jangan suka suka nak kate hanyir k. Rasa die biasa je, macam rase susu lah. huuu.. walaupun orang selalu kata kambing tu mucuk tak mandi (ape kene mengene ntah =.='' and macam lah binatang lain mandi. huhu), tapi susu die ni tak hanyir pon k. Don't worry k ^^ haa, nak tahu lebih lanjut pasal susu kambing ni sila lah ke sini http://higoatsuper.blogspot.com/

Kismis ^^
Dan yang terakhir, cik meow amalkan kismis. Seperti semua orang sedia maklum, khasiat utama kismis adalah untuk mencerdaskan fikiran dan menguat daya ingatan. Tak pun paling senang orang kata.. "alaa.. bagi pandai" huuuu.. Tapi sebenarnya banyak lagi khasiat kismis yang kita tak tahu. Nah la tengok sendiri kat sini http://ilham4u.com/v1/?page_id=124 hehe. Sekali makan 7 biji k :)

So, ini antara makanan kesihatan yang boleh kita amalkan selain dapat beribadah kerana kebanyakan yang cik meow senaraikn kat atas ni adalah makanan sunnah. Haa.. cik meow nak share satu resepi (wahh wahhh.. :P) atau cara cik meow makan makanan kat atas tu supaya jadi lagi sedap. hehe.

Selalunya cik meow akan campurkan sekali madu, susu dan kismis dalam 1 cawan. hehe (sebenarnya malas nak makan satu2, banyak nau) tapi sedap taw ! serious ! hee. kalau tak percaya boleh cuba. Susu tu buat suam suam je. Lepas tu tambah satu sudu madu then masukan 7 biji kismis. Nanti kismis tu akan kembang kat dalam susu suam tu, lembut je bila di makan. hehe, sambil minum sambil kunyah2 gitu. hee. Lagi pun susu kambing Hi goat tu tak berapa manis. So, tak ada masalah klau di campur dgn madu tadi. Tak jadi terlalu manis pun. Sedang2 je manis nye ^^

Okay lahh.. ni je kot untuk setakat ni. Banyak lagi makanan kesihatan yang ada jual kat luar sana. Cuma nya kita kne pandai pilih sbb kdang2 ada yang tak sesuai untuk badan kita. Tapi yang cik meow senaraikan kat atas ni In shaa Allah sesuai untuk semua lapisan usia. Kalau ada yang tak sesuai tu maybe special case. Lagi pon apa yang cik meow senaraikan ni kebanyakkan nya makanan sunnah dahn cik meow sendiri dah menggunakannya. Alhamdulillah setakat ni cik meow dapat rasa manfaatnya. Ini salah satu ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan, tapi kalau kita di serang juga dengan apa-apa penyakit, terimalah dengan redha kerana itu mungkin ujian daripada-Nya. Tapi ingat.. Bukan ubat ubatan atau makanan kesihatan ni yang menyembuhkan penyakit kita, tapi Allah yang menyembuhkan. Allah menurunkan khasiat kepada makanan makanan ni. Kalau tak ada khasiat daripada Allah, makanan ni semua tak ada apa apa dan cuma makhluk biasa je sama seperti kita. Hee, tu apa yang ayah cik meow selalu pesan :)

cik Meow ^^

Saturday, December 28, 2013

Merawat kucing yang di jangkiti virus SPORO.

*Gambar kucing di jangkiti sporo dari carian google.
Apa perasaan anda bila melihat gambar di atas tu ? Bagi mereka yang bukan pecinta haiwan seperti kucing mungkin rasa geli. Tapi bagi sesiapa yang seperasaan (Wohoho.. bahasa ceruk mane aku pakai ni) dengan cik meow mesti di selubungi perasaan sedih, kesian dan tak sampai hati bila melihat gambar haiwan yang di sayangi Rasulallah ni :(

Okay, kucing-kucing dalam gambar tersebut telah di jangkiti sejenis virus iaitu virus sporo atau nama sciencetific nya Sporotrichosis. Ia merupakan sejenis penyakit yang di sebabkan oleh kulat/fungus Sporothix schenckii (tetibe rase cam veterinar pulak. ngee :P). Menjangkiti kulit, pernafasan, tulang dan otak dan berjangkit melalui sentuhan dan pernafasan. Bagi adopter kucing kat luar sana tu, anda kena tahu pasal penyakit ni supaya dapat perhatikan kucing2 kesayangan anda dijangkiti atau tidak. Kalau dijangkiti, anda kena berhati-hati dan ambil tindakan segera sebab penyakit ni boleh berjangkit kepada manusia.

Fungus sporo ni asal die dari persekitaran seperti tanah dan tumbuhan. Kadang-kadangkan kucing kita jalan-jalan keluar rumah, cari awek, rebut awek, rebut kawasan semua tu meningkatkan risiko si comel kita dijangkiti. Apabila kulit kucing tersangkut pada duri/dahan tubuhan, terkena cakaran dan gigitan dari haiwan lain boleh menyebabkan kucing kita dijangkiti virus yang kejam ni. huu.. Semakin mudah kucing kita dijangkiti bila ada luka terbuka. Manusia pula dijangkiti melalui sentuhan dan pernafasan.

Tanda-tanda kucing yang dijangkiti ni seperti kudis di bahagian kepala, selalunya pada bahagian hidung dan muka. Selain tu kudis di bahagian kaki dan ekor. Kudis ni boleh merebak dan membesar. Mula-mula kudisnya kecik je. Lama-lama kalau tak di rawat makin besar. Pastu kucing yang dijangkiti mungkin akan demam, hilang selera makan, lesu dan tak aktif lagi :(

My Experience.
Okay, tu serba sedikit pasal virus Sporo ni. Now, cik meow nak share experience cik meow merawat kucing cik meow yang dijangkiti sporo dulu. Nama kucing cik meow tu Omei :')

Ni lah Omei. Encem kan die. heee.. dulu die ni abg kawasan ni . hehe.
Tapi sekarang omei dah tak ada. Die hilang macam tu je :')
Waktu kejadian (cehh cehhh.. kenkonon detective conan lettew. haha) masa cik meow sekolah menangah lagi, Form 2 form 3 cmtu lah. Mula-mula dulu cik meow perasan ade luka dekat muka omei, kat bahagian hidung die tapi tepi. Mase tu ingatkan luka biasa je. Biasa lah kan, hero la konon baru lepas gaduh. huuu =.='' Tapi lepas tu lama sangat luka die tu tak sembuh2 macam luka sebelum2 ni. Makin teruk ada lah. Makin besar dan merebak kat muka omei. Selain dekat muka dekat tangan die pon ade sikit. Pon sama, tak sembuh2. Hmm.. masa tu cik meow dengan ibu cik meow dah mula risau. Then, cik meow ajak ibu bawak omei pergi vet. Mase tu cik meow pegi vet kerajaan dekat kajang. Kalau vet swasta memang mencekik leher sampai memancut2 darah lah jawabnye die punye mahal.. huu T_T

Jumpe je doctor die check2 sikit then die ckp omei kene Sporo. Mase just macam "ouh okay.. sporo.. so?" Sebab mase tu tak tahu menatang ape ntah sporo ni. Tak sangka pula serius. huuu.. Doctor pon terangkan lah serba sedikit pasal sporo ni mcm yang cik meow dah membebel panjang lebar kat ats tadi. Part paling sedih sekali bila doctor ckp "Selalunya kalau ade kucing kne sporo ni kita bagi die tidur je, sebab tak nak berjangkit pada kucing lain dan manusia." And me just like "Oh, no ! that's not a good idea" (tapi cakap dalam hati je la =.='') Mana tak nye, doctor tu ckp bagi tidur maknenye matikan Omei. Mana boleh ! huu. Mesti ada ikhtiar lain. Cik meow terus dekatkan omei dengan cik meow sebab takot kalau doctor tu amik omei. huu.. Then, cik meow pandang ibu n geleng kepala laju-laju. huu..

Pastu doctor tu cakap ada satu je ubatnya. Tapi mahal sikit, sebiji dalam berapa pulah ntah (tak ingat k). Ubat pil, tumbuk and campur dalam makanan omei. Boleh beli dekat farmasi. Doctor tu kate, cakap je kat farmasi tu kita nak ubat sporo, nanti tahu lah die. Cik meow dengan ibu pon setuju. Balik tu terus singgah farmasi untuk beli ubat tu. Memang mahal. huu.. tapi tak pelah, demi Omei :')

Mula dari tu tiap kali omei makan ibu campurkan ubat tadi dalam nasi die. Selera je die makan, tak pahit ke. huu.. tapi Alhamdulillah die makan habis selalunya. Dalam masa rawatan tu jugak omei kene kuarantin kat rumah. Tak boleh keluar jumpe awek. Haha. Dalam sebulan macam tu, luka omei mula kering and lama lama sembuh sepenuhnya :)

Lepas tu pergi balik dekat vet tu bgtw perkembangan omei. Doctor tu ckp ubat tu memang berkesan. Tapi ade something yang sangat mengejutkan. Doctor tu kata ubat tu sebenarnya ada campuran enzim babi. huuuuuuuu T_T Kenapa la incik doctor tu tak cakap siang2. Dah malam baru nak cakap. Kalau tahu boleh la jugak hati2 nak bagi omei makan ubat tu, cuba untuk tak sentuh or asingkan mangkuk die ke or pape ikhtiar. Huu, pape pon omei dah sembuh. Balik tu terus buang mangkuk yang omei guna untuk makan ubat and samak tangan. Walaupun masa tu kita tak tahu, tapi dah tahu ni samak je lah, bia lebih yakin. Tapi Alhamdulillah omei kembali sihat dan cergas. Dah boleh mengurat lagi. haha :D

So, kita sebagai manusia dan khalifah kat atas muka bumi ni kena lah saling membantu antara makhluk. Kalau kita dah bela kucing tu, automatik kucing tu dah jadi amanah dan tanggungjawab kita untuk jaga makan minum sakit die. Jangan bela kucing masa die comel je, jangan bela kalau nak suka2 seronok2 je, bila die sakit jangan tinggalkan or jangan buang die ! Sebab cik meow dah jumpa manusia kejam tak guna macam ni. Jiran cik meow sendiri. Mase kucing die comel dan sihat bukan main lagi die sayang. Sekali kucing die dah berkudis berkurap terus die tak kasi masuk rumah sampai kucing tu mati. JAHAT ! Kalau macam tu jangan bela kucing lain kali. huhhh.. ter emosi pula saya. huhu . Okaylah, tu je lah serba sedikit (cam banyak je. huuu ) pasal sporo. 

cik.meow ^^




Jom makan buah dulu sebelum makan nasi/makanan berat.

Assalamualaikum.. :)
Cik meow baru lepas makan. Cik adik kakak abang pakcik makcik semua dah makan ? Haa.. siapa yang belum makan lagi tu, boleh lah cube apa yang cik meow nak share ni. Sangat bermanfaat, baik untuk kesihatan dan dapat pahala pulak tu, In shaa Allah :)



Taadaaaaaaa.. ! Nyum.. nyum.. anda suka makan buah ? hehe , cik meow suke, lagi2 buah epal, pisang dengan oren. Mangga pun suka jugak, lembut je bila kunyah. anggur pun suka.. haihhhh boleh ngences dibuatnye ni :P Dah2, sebelum cik meow merapu meraban menggelabah dan sebagainya, cik meow nak cerita tentang kebaikan makan buah sebelum makan nasi/makanan berat. jom ! :)

Perasan tak, zaman sekarang ni macam dah jadi trend atau satu kebiasaan masyarakat kita makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan lebih di anggap sebagai pencuci mulut dan di makan selepas memakan nasi. Dari mana datang nya amalan ini ? Dari barat lahhh.. mana lagi. Mereka tak kan pernah berhenti untuk menjajah pemikiran kita. Ini pun salah satu cara mareka. Jom kita ubah tabiat makan kita dengan makan buah dulu sebelum mkn nasi.

1. Makan buah 20-30 minit sebelum makan nasi.
kita di sarankan untuk makan buah buahan sebelum makan nasi atau makanan berat lain. Lagi baik kalau kita makan buah tu antara 20 hingga 30 minit sebelum makan nasi. Sebab apa ya ? Sebab buah mengandungi kadar gula dan ambik masa untuk di cerna. Boleh je kalau anda nak makan nasi dulu baru makan buah, it's up to you. Tapi lepas tu anda perlu tunggu sehingga lebih kurang 3 jam kemudian baru lah makanan dalam perut anda siap di cerna. (Dah 3 jam baru boleh baring tengok tv, kalau tak nanti buncit padan muka k :P). Bukan tu je, selain tu makan buah sebelum makan nasi ni boleh membantu mengurangkan berat badan. So, anyone yang tengah dalam proses diet tu boleh lah amalkan ni ye. Sebab makan buah dulu buat kita rasa lebih kenyang dan gula yang terkandung dalam buah tu juga membekalkn tenaga :)

2.Meningkatkan kadar gula dalam tubuh badan.
Haa.. pagi-pagi kalau nak sarapan, amat di galakkan untuk kita hidang perut kita dengan buah buahan. Bukan apa, selama kita tidur 7 ke 8 jam (lebih dari tu pun ade, sampai stngah hari tak bangun2. huuu..) selama itu jugak lah badan kita tak dapat apa2 makanan. Sebab masa tu badan kita tengah rehat, die pon penat k, bnyk keje die nak buat untuk kita. Banyak bende die tolong kita proses. So, in return sebagai tanda penghargaan kepada badan kita, wahh wahhh.. hehe. Apa salah nya kita hadiahkan badan kita buah buahan setiap pagi sebelum sarapan. Ia membantu meningkatkan kadar gula dalam badan selepas berehat dan sangat baik untuk menyumbangkn tenaga. Haa.. baru lah segar dan cergas nak buat aktiviti seharian, tak de lah lembik je k ;)

3. Hindari makan buah sebagai lauk pada makanan.
Sebenarnya, buah buahan adalah lebih baik kalau kita mamam dia macam tu je. Tanpa tambah apa2 perisa lain macam aiskrim ke asam ke. Boleh je kalau nak tambah, tapi dari segi khasiat yang akan di serap oleh tubuh kita mungkin lebih sikit berbanding kalau kita makan die mentah2 camtu. Alaa.. makan buah mentah2 pun sedap lahhh... lagi freshhh n ranguppp gitu... nom nom nom. hehe :3

4. Hindari buah beku atau pun buah yang telah di proses.
Contoh macam asam buah ke, atau pun buah buahan yang ada dalam makanan cereal tu. Ia dah di proses, di awet dan mungkin mengandungi kadar gula yang tinggi supaya ia tahan lama. Buah buahan macam ni tak di anggap sebagai buah yang sehat atau makanan yang sihat. Tapi kalau nak makan kudap2 sekali sekala tu tak apa lah. Kalau nak buat amalan harian tu.. em.. I don't think so. Kalau kita beli buah freshhh bukan mahal sangat pon kan. Pasar malam kat kawasan rumah cik meow ni, buah epal die 12 biji baru RM5. Kadang tu 15 biji pun ada. Rugi woooo sape tak beli. "Jangan kedekut untuk sihat k" :)

5. Mencergaskan tubuh badan.
Haa.. ni satu lagi. Perasan kadang-kadang kalau kita lepas makan tu kita rasa mengantuk sangat. Rasa nak lelap je mata. Pagi-pagi lagi dah mengantuk. Nak buat kerja pun susah. Sedangkan sepatut nya kita dah makan mesti lah makin bertenaga, ye tak ? Salah satu punca nya adalah kita makan buah selepas makan makanan berat sewaktu sarapan atau tak makan buah langsung. Haa.. sebabnya kat sini, pagi2 tubuh kita melakukan proses pembuangan sisa metabolisme dan sisa makanan dari usus besar. Waktu ni, kelenjar yang menghasilkan enzim  pencernaan belum aktif. Alaaa.. macam belum masuk keje gitu.. hehe . So, kalau pagi2 kita terus makan macam nasi lemak dan sebagainya, badan kita susah nak cerna sbb kelenjar yang hasilkn enzim pencernaan tadi tak masuk keje lagi. hehe (suka hati je cik meow ni :P).  Jadi, sebab tu pagi-pagi kita di sarankan untuk makan buah buahan sebagai sarapan supaya lebih cergas dan tak mengantuk. Sebab buah tak perlu kan enzim lain selain enzim saliva yang ada dalam mulut kita ni. Jadinya pagi tu masa makan buah kunyah betul2. Jangan malas ! hehe. Sangat bagus kalau kita terapkan amalan ni kepada anak-anak atau adik-adik yang nak pergi sekolah pagi-pagi tu. Atau pun sapa-sapa lah yang terasa diri die tu student. Cik meow pun student lagi. hehe . Supaya pagi-pagi tak mengantuk dekat kelas dan boleh tumpukan sepenuh perhatian masa cikgu mengajar ;)

6. Sunnah Rasulallah S.A.W
Ini yang paling penting. Selain kita sedap-sedap makan buah, dapat menjamin kesihatan, boleh dapat pahala pulak tu :) Sebab makan buah buahan sebelum makan nasi/makanan berat kan merupakan sunnah Nabi. Jadi, masa nak makan buah tu niatkan lah dalam hati kita sedang mengikut sunnah. In shaa Allah ada ganjaran nya. Amin :)

Sekian panjang lebar dari Cik Meow. heee ^^

Mukadimah :)

Okay, this is my first post . hah !
So, Bismillahirrahmanirahhim.. hee.
Post first ni saje nak cuba try test . hehe, jangan marah k, nanti kena jual :P
okay, kat sini I will describe my self as cik meow. Kenapa ? Sebab cik meow ni memang suka sangat dengan kucing, seorang pencinta kucing dan juga binatang, juga seorang pencinta alam. Wah.. wah.. panjang lebar pulak cerita. Orang tak tanya pon ek. hehe.. So, cik meow buat blog ni cuma untuk berkongsi apa apa saja yang mungkin bermanfaat untuk semua. Cik meow tak buat untuk meluah perasaan or make it as a diary like some other girls do. But it depends on individual's right :) Kita punya blog, jadi kita punya suka lah nak gunakan nya untuk apa kan. So, cik meow pilih untuk share apa2 maklumat untuk semua dan harap ia sesuatu yang bermanfaat. Kalau cik meow ada tersilap mana2 semasa menyampaikan apa2 maklumat, mohon tegur ye :) Maklum lah, cik meow ni pon baru setahun jagung jugak hidup (hehe, bajet2 mude plak :P). Dan setiap manusia melakukan kesilapan, tak salah kan kalau kita saling menegur dan sama2 membetulkan kesilapan. hehe.. so, okay lah . Hope one day this blog may help some people outside there . Tak kira dari segi mencari maklumat atau apa saja. In shaa Allah.. :)

cik.Meow ^^