A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Saturday, December 28, 2013

Jom makan buah dulu sebelum makan nasi/makanan berat.

Assalamualaikum.. :)
Cik meow baru lepas makan. Cik adik kakak abang pakcik makcik semua dah makan ? Haa.. siapa yang belum makan lagi tu, boleh lah cube apa yang cik meow nak share ni. Sangat bermanfaat, baik untuk kesihatan dan dapat pahala pulak tu, In shaa Allah :)



Taadaaaaaaa.. ! Nyum.. nyum.. anda suka makan buah ? hehe , cik meow suke, lagi2 buah epal, pisang dengan oren. Mangga pun suka jugak, lembut je bila kunyah. anggur pun suka.. haihhhh boleh ngences dibuatnye ni :P Dah2, sebelum cik meow merapu meraban menggelabah dan sebagainya, cik meow nak cerita tentang kebaikan makan buah sebelum makan nasi/makanan berat. jom ! :)

Perasan tak, zaman sekarang ni macam dah jadi trend atau satu kebiasaan masyarakat kita makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan lebih di anggap sebagai pencuci mulut dan di makan selepas memakan nasi. Dari mana datang nya amalan ini ? Dari barat lahhh.. mana lagi. Mereka tak kan pernah berhenti untuk menjajah pemikiran kita. Ini pun salah satu cara mareka. Jom kita ubah tabiat makan kita dengan makan buah dulu sebelum mkn nasi.

1. Makan buah 20-30 minit sebelum makan nasi.
kita di sarankan untuk makan buah buahan sebelum makan nasi atau makanan berat lain. Lagi baik kalau kita makan buah tu antara 20 hingga 30 minit sebelum makan nasi. Sebab apa ya ? Sebab buah mengandungi kadar gula dan ambik masa untuk di cerna. Boleh je kalau anda nak makan nasi dulu baru makan buah, it's up to you. Tapi lepas tu anda perlu tunggu sehingga lebih kurang 3 jam kemudian baru lah makanan dalam perut anda siap di cerna. (Dah 3 jam baru boleh baring tengok tv, kalau tak nanti buncit padan muka k :P). Bukan tu je, selain tu makan buah sebelum makan nasi ni boleh membantu mengurangkan berat badan. So, anyone yang tengah dalam proses diet tu boleh lah amalkan ni ye. Sebab makan buah dulu buat kita rasa lebih kenyang dan gula yang terkandung dalam buah tu juga membekalkn tenaga :)

2.Meningkatkan kadar gula dalam tubuh badan.
Haa.. pagi-pagi kalau nak sarapan, amat di galakkan untuk kita hidang perut kita dengan buah buahan. Bukan apa, selama kita tidur 7 ke 8 jam (lebih dari tu pun ade, sampai stngah hari tak bangun2. huuu..) selama itu jugak lah badan kita tak dapat apa2 makanan. Sebab masa tu badan kita tengah rehat, die pon penat k, bnyk keje die nak buat untuk kita. Banyak bende die tolong kita proses. So, in return sebagai tanda penghargaan kepada badan kita, wahh wahhh.. hehe. Apa salah nya kita hadiahkan badan kita buah buahan setiap pagi sebelum sarapan. Ia membantu meningkatkan kadar gula dalam badan selepas berehat dan sangat baik untuk menyumbangkn tenaga. Haa.. baru lah segar dan cergas nak buat aktiviti seharian, tak de lah lembik je k ;)

3. Hindari makan buah sebagai lauk pada makanan.
Sebenarnya, buah buahan adalah lebih baik kalau kita mamam dia macam tu je. Tanpa tambah apa2 perisa lain macam aiskrim ke asam ke. Boleh je kalau nak tambah, tapi dari segi khasiat yang akan di serap oleh tubuh kita mungkin lebih sikit berbanding kalau kita makan die mentah2 camtu. Alaa.. makan buah mentah2 pun sedap lahhh... lagi freshhh n ranguppp gitu... nom nom nom. hehe :3

4. Hindari buah beku atau pun buah yang telah di proses.
Contoh macam asam buah ke, atau pun buah buahan yang ada dalam makanan cereal tu. Ia dah di proses, di awet dan mungkin mengandungi kadar gula yang tinggi supaya ia tahan lama. Buah buahan macam ni tak di anggap sebagai buah yang sehat atau makanan yang sihat. Tapi kalau nak makan kudap2 sekali sekala tu tak apa lah. Kalau nak buat amalan harian tu.. em.. I don't think so. Kalau kita beli buah freshhh bukan mahal sangat pon kan. Pasar malam kat kawasan rumah cik meow ni, buah epal die 12 biji baru RM5. Kadang tu 15 biji pun ada. Rugi woooo sape tak beli. "Jangan kedekut untuk sihat k" :)

5. Mencergaskan tubuh badan.
Haa.. ni satu lagi. Perasan kadang-kadang kalau kita lepas makan tu kita rasa mengantuk sangat. Rasa nak lelap je mata. Pagi-pagi lagi dah mengantuk. Nak buat kerja pun susah. Sedangkan sepatut nya kita dah makan mesti lah makin bertenaga, ye tak ? Salah satu punca nya adalah kita makan buah selepas makan makanan berat sewaktu sarapan atau tak makan buah langsung. Haa.. sebabnya kat sini, pagi2 tubuh kita melakukan proses pembuangan sisa metabolisme dan sisa makanan dari usus besar. Waktu ni, kelenjar yang menghasilkan enzim  pencernaan belum aktif. Alaaa.. macam belum masuk keje gitu.. hehe . So, kalau pagi2 kita terus makan macam nasi lemak dan sebagainya, badan kita susah nak cerna sbb kelenjar yang hasilkn enzim pencernaan tadi tak masuk keje lagi. hehe (suka hati je cik meow ni :P).  Jadi, sebab tu pagi-pagi kita di sarankan untuk makan buah buahan sebagai sarapan supaya lebih cergas dan tak mengantuk. Sebab buah tak perlu kan enzim lain selain enzim saliva yang ada dalam mulut kita ni. Jadinya pagi tu masa makan buah kunyah betul2. Jangan malas ! hehe. Sangat bagus kalau kita terapkan amalan ni kepada anak-anak atau adik-adik yang nak pergi sekolah pagi-pagi tu. Atau pun sapa-sapa lah yang terasa diri die tu student. Cik meow pun student lagi. hehe . Supaya pagi-pagi tak mengantuk dekat kelas dan boleh tumpukan sepenuh perhatian masa cikgu mengajar ;)

6. Sunnah Rasulallah S.A.W
Ini yang paling penting. Selain kita sedap-sedap makan buah, dapat menjamin kesihatan, boleh dapat pahala pulak tu :) Sebab makan buah buahan sebelum makan nasi/makanan berat kan merupakan sunnah Nabi. Jadi, masa nak makan buah tu niatkan lah dalam hati kita sedang mengikut sunnah. In shaa Allah ada ganjaran nya. Amin :)

Sekian panjang lebar dari Cik Meow. heee ^^

No comments:

Post a Comment