A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Thursday, June 12, 2014

Jom dengar ENJIN meow (CAT PURRRSS)



*Belanja sikit gambar budak jebat ni membuta :P

Cakkkkk! hee. Tadi mase cikmeow tengah syok jalan2 lenggang kangkong bayam sawi sume di blog korang, titibe budak jebat nomey2 gedik ni datang kat cikmeow. Pastu sendel2 lended2 kat cikmeow dengan muke manis die, misai kedepan siap package dengan ENJIN sekali. Terus cikmeow tinggal lappy and amik dak jebat ni n gegomol beliau. huu. Geram betul! Saje tau jebat ni buat orang cair. Grrrrr ! >.<



Ehh.. Jebat berENJIN? Ape cikmeow merepek tengah2 malam ni? huu. Betul laa.. Jebat berenjin. huu. Berenjin tu bunyi PURRRRRRR yang meow keluarkan tu lew. hee. Cikmeow istilahkan bende alah tu sebagai berenjin. Sebab bunyi nye kan macam enjin. hehe. Purrr tu kalau di semak dekat kamus (kamus mane ntah, encik google yg cakap) dalam bahasa melayu maksudnye berdengkur. Tapi berdengkur meow ni tak same dengan berdengkur manusia yang bunyi macam lori korek pasir tu. huu. Berdengkur meow ni nomey, bunyi nye tenang je kalau di dengar. Die macam ade getaran kalau rasa dekat bawah lehernye tu. 

Selalunya kucing berenjin ni masa die tengah tenang and waktu die nak gedik2 dengan tuan die. Waktu die happy and juga waktu die sakit. Sebab ade kajian cakap (ni pon encik google yang bagitahu) berenjin juga salah satu cara untuk kucing mengubati sakitnya sendiri. Contohnya waktu kucing nak beranak die akan berenjin. Baby kucing pon semasa menyusu kalau kite perhatikan, ia akan berenjin. Mama nye pon sama. Maknanya mase tu baby kucing tu tengah manja2 la dengan mama nye. Berenjin jugak salah satu cara kucing tunjukkan kasih sayang die pada kucing lain, tuannya atau pon pada apa2 je lah yang die suka.

Tapi tahu tak yang kucing punya enjin ni sebenarnye banyak kebaikannya jugak kepada manusia. Haaa.. tu la yang cikmeow nak cerita sebenarnye. hee (boooo.. cikmeow ni, semua orang dah tahu la pasal ni baru nak post. lambat.. lambat..) Alaa, biarlah.. org nak share je kat sape2 yang belum tahu *mata ke atas* haha. 

Mendengar gegaran enjin kucing boleh membantu mengurangkan kadar stress kita. So, kalau agak2 rasa tengah stress tu cecepat pegi kat kucing korang and suruh beliau berenjin. hehe. Lepas tu boleh membantu mengurangkan symptom Dyspnoea (penyakit berkaitan dengan nafas kalau tak silap). Selain tu, enjin kucing jugak boleh mengurangkan peluang utk di serang penyakit jantung dan jugak boleh membantu menguatkan tulang.

Haa.. tengok, banyak kan kebaikan bela kucing ni. Dapat pahala dah tentulah sebab membantu makhluk Allah ni. Lepas tu nomey nye tak payah cakap la, boleh buat cair satu badan bile tengok. huu, manja pastu banyak bagi benefit pulak tu pada manusia. Tapi still tak faham.. tu pon ramai lagi manusia2 tak gune yang suka menganiaya and buat benda2 kejam kucing ni. huh! 

So, dah tahu kebaikan enjin kucing ni.. haa, sape2 yang nak sangat bela kucing tu, tapi parent tak bagi, pegi bagitahu diorang pasal info ni. Tak pon tunjuk kat diorang gambar2 dekat bawah ni, mesti diorang bagi nanti. heee :D

*Carian google

*Carian google

*Carian google

*Carian google
(Ape? Nak enjin? Pieskies dulu!) ngehehe

Hee, Okay lahh.. itu sahaja bende yang cikmeow nak share. Semoga menjadi berita gumbira kepada semua pecinta2 kucing *Sep skit, kite geng! hehe* Now, cikmeow nak pegi sambung gegomol budak jebat! Muahahaha! Tata :)

p/s : Tapi CIKMEOW tak berenjin taw. ngeeeeee! :D

2 comments: