A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Monday, June 2, 2014

Susahnya dapat kerja T_T

*Gambar carian google yang sangat menusuk kalbu T_T

Jika anda seorang pelajar IPT atau lepasan pelajar dari mana2 IPT, apakah perasaan anda setelah melihat gambar di atas ? T_T

Huu , Assalamualaikum . 
Haihhhh.. Berhabuk dah blog cik meow ni . huu , lama sangat dah tak post ape2 , ni semua gara2 terlupa password hari tu . Grrrrrr ! huu .
Haa , sudah lah tu , perkara yang lama jangan di kenang . Dah la kecuaian sendiri ek , sape suruh lupe . padan muke cik meow . haha .

Actually, hari ni cik meow nak share, cerita, membebel dan bla bla bla pasal cari kerja . huuu . Mesti korang dah tengok kan gambar atas tu . huu , kepada bakal2 graduate mesti rasa seram2 sejuk sampai menusuk tulang sum sum gitu . huu , kepada yang dah grad macam cik meow ni, itu lah kenyataan dan hakikat yang harus di hadapi . Dekat sebulan lebih dah ohhh cik me0w jadi pengaanggur terhormat . Goyang kaki duduk rumah habiskan beras ibu . huuu T_T

Gambar dekat atas tu cukup tepat untuk menggambarkan kenyataan yang memang wajib bukan harus lagi tapi wajib di hadapi untuk lepasan2 pelajar IPT tak kira awam atau swasta. Masa belajar kemain lagi excited nak habis sebab tak sabar nak kerja cari duit. Bila dah grad lagi seronok dah merdeka konon nye. Haa lepas tu jadi lah anda sebagai penganggur terhormat . Muahahah ! bak kata orang jadi pemetik anggur. Tu pon kire okay la jugak kalau betul kerja jadi pemetik anggur, masyukk jugak duit. Ini tidak, duduk rumah mengabihkan boghehh yoooo. huu.

Sebenarnya susah cari kerja ni. Tambah dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat dan lambakan siswazah dari merata2 IPT. Korang ingat mase korang grad tu korang sorang je yang grad? Beratus ribu sekali grad untuk batch korang tu sebenarnye. Lepas tu bkn batch korang je, batch2 sebelum dan selepas korang tak kira lagi. Saingan untuk mendapatkan pekerjaan tersangatlah tinggi. Pointer kalau tinggi pon belum tentu lagi boleh terus dapat kerja. Tambah2 untuk fresh graduate.

Cik meow sendiri tengah mengalami fasa susah cari kerja ni sekarang sebenarnya. huu. Cik meow tamat belajar lebih kurang pertengahan bulan April macam tu. Sekarang ni dah bulan June. Sebulan lebih dah cik Meow duduk rumah menternak lemak dan jadi burung hantu dekat rumah T_T huu. Bukan cik meow tak cube cari kerja. Merata dah oohhh cik meow drop resume. Tapi baru cume 1 company je yang panggil untuk interview. huu. Itu pon hampehhh.. huu, pulak tu mase tu first time interview, nebes I mengatasi segalanya. haha. Tapi apa2 pon cik meow puas hati at least cik meow dah cuba.

Satu yang cik meow sedih masa interview tu, company tu terkejut bila dapat tahu yang course cik meow ambik ni tak ada praktikal. Hmm.. sedih jugak la. Cik meow ambik course Business Studies dekat satu IPTA ni and seriously penemuduga tu terkejut sangat yang cik meow tak ada praktikal. Cik meow mula rasa yang Diploma cik meow tak laku T_T

Ada satu cara je kalau nak cepat dapat kerja lepas grad, korang kena ada "kabel". Tu pon kena kabel yang betul2 kuat. Kalau takat kabel longgar2 gitu tipis la. Sbb hari tu cik meow pon ade try guna kabel utk drop resume dekat satu2 company ni, tapi kabel tu cume bau2 bacang je dengan company tu, tak ada jugak dapat call interview. huu. Tapi kebnyakkan kawan2, cik meow tengok yang terus dapat kerja lepas grad guna kabel. Kebnyakkan la, bukan semua.

Hmm.. dah sebulan lebih cik meow menganggur. Nak kata pointer teruk tak jugak, boleh tahan je rase. huu, mungkin belum rezeki. Tapi nampak macam cik meow kena tukar plan. Tak larat dah nak ternak lemak ni kat rumah. Baru duduk rumah sebulan lebih je pon badan dah naik 2kg. huwarrgggghhh !

Cik meow ingat sementara belum dapat kerja ni cik meow nak cari je dlu kerja2 part time or pape la yang boleh masuk duit. Promoter ke cashier ke. Atau mungkin berniaga? Tapi tu la, cik meow macam serik nak kerja jadi promoter or sale person macam cik meow part time dlu. penat n shift dorang kejam giler. huu. tapi mana ada kerja yang tak penat kan. Nama pon kerja. But seriously, zaman macam ni kita tak boleh memilih kerja sangat. Kerja apa yang ada kerja je dlu asalkan halal dan betul.

Sepatutnya, majikan2 dekat luar sana pon kena selalu beri peluang kepada fresh graduate. Bila bukak vacancy je mesti pengalaman atau experience yang dorang tekankan. Hmm.. kalau macam tu, sampai bila2 pon fresh graduate ni tak akan ada experience dan lame2 jadi tak fresh lagi lah. huu.

Tapi sebenarnya dalam masa kita menganggur ni banyak jugak benda baik yang boleh kita kejar. Kalau kita duduk serumah dgn family or mak ayah kita, mungkin masa ni lah kita boleh tabur bakti dekat mak ayah kita. Masa ni lah kita boleh spend time sepenuhnya dengan dorang. Hantar dorang pegi kedai, masak sama2 ke tolong2 kemas rumah ke tu pon dah cukup. Mungkin nanti bila kita dah dapat kerja, kita dah sibuk, balik2 kerja dah penat nak selalu buat semua tu.

Apa2 pon, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya. Kepada bakal2 penganggur macam cik meow ni, selamat mencari kerja sampai jumpa. huu. T_T

Semoga esok kita semua menjadi seorang insan yang menyumbang sesuatu kebaikan kepada diri sendiri, keluarga, negara dan semestinya Agama. In shaa Allah.

Sampai sini je celoteh cik meow malam ni. heee.
Assalamualaikum ^_^

4 comments:

  1. tak boleh nak memilih kerja... ada peluang kerja la apapun jnji halal... dlm masa yg sma cari peluang pekerjaan lain... jgn buang masa... :)

    ReplyDelete
  2. Tu lahh.. igt nk part time je mana2 dlu sblm dpt keje ni. Rezeki tak dtg bergolek kn . hehe.

    ReplyDelete
  3. Try la mohon jadi guru ganti, gaji pun blh thn 54++

    ReplyDelete
  4. oke jugak tu. nak mohon cane ek cikna?

    ReplyDelete