A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Sunday, December 29, 2013

Diet laman sosial.


Assalamualaikum.. meow meow.. eh, meow pulak. hee ^^
Haa.. tengah buat apa tu ? Tengah chat ye kat facebook ? Tak pun tengah tweet ? Tak pun tengah ber moment2 di wechat ? Atau pun tengah mengganggu penduduk2 di dalam whatsapp handphone anda? Laa.. ape lah cik meow ni dok merapu meraban kan.. dah tentu tentu orang tengah baca post cik meow ni. hehe.. 

Wokeyyy.. kali ni cik meow nak carita pasal Diet laman sosial. Apa ke jadah nye lah cik meow ni merepek lagi ye ? Orang diet makan, ni diet laman sosial ? Iyupp.. cik meow nak ajak semua yang tengah ketagih laman sosial kat luar sana tu supaya berdiet. Eh.. sapa ketagih ? Memandai je cik meow ni menuduh ye. hehe. Cik meow tak tuduh anda ketagih laman sosial dan cik meow tak kata semua manusia kat luar sana tu ketagih laman sosial. Mungkin segelintir (yeke segelintir? cam dah ramai je. huu). Tapi, kalau anda tergolong dalam kriteria di bawah, anda juga merupakan seorang penagih laman sosial. Wahahahahaha (gelak jahat) :D

Pertama : Angau dan gila bayang dekat incik Laman sosial.
Orang macam ni selalunya die akan jadi tak keruan dan gelisah kalau sehari tak online facebook atau yang sewaktu dengannya. Mula lah nanti die makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena (eh, mcm terbalik je :P). Die rasa macam di seru seru oleh facebook tersebut supaya online. Seperti ada suara yang menghantui gitu :P

Kedua : Sanggup berkorban.
Yang ini pula beliau tak kesah kalau tak makan dan ikat perut asalkan dapat online facebook atau laman sosial beliau yang tercinta. Beliau juga sanggup men topup (habis jahanam bahasa) kredit di talifon pintar beliau supaya mereka dapat melanggan internet melalui talifon. Walaupun waktu tu beliau ade duit ckup2 je. Dan sanggup tak makan asalkan ade internet. huu, baek belanja cik meow makan mehh.. ngehehe :P

Ketiga : Ouhh.. facebook ku syurga ku.
Haa.. orang macam ni dia seolah olah stuck kat dalam dunia laman sosial dia sendiri. Die macam tak jumpe jalan keluar. Macam orang kena sorok bunian dan tak sedarkan diri, =.='' mana tak nya, tak kiralah tengah makan, minum atau berjalan dia still akan berada dalam dunia internet die sendiri. Still dalam dunia maya dia sebab die makan minum dan berjalan pun sambil online :3 kalau kita bercakap dengan die pon die tak perasan. Macam kita bercakap dengan selipar jepun yang terputus talinya. huu.. Panggil berkali2 baru die dengar. Pastu macam orang baru tersedar dari pengsan. huuu.. Ada ke di kalangan anda yang tergolong dalam kriteria ni ? hehe..

Keempat : Setia bersama walau apa jua rintangan dan halangan.
Hoho, extreme betul tajuk yang ke empat ni . haha :P Orang yang ketagih laman sosial ni selalunya kalau boleh tak nak offline walau sesaat pon. Kalau boleh 24 jam beliau nak mengadap facebook je (die tak rasa nak muntah ke ngadap facebook 24 jam. huu T_T) Lepas online dekat lappy pindah pulak dekat handphone. Kalau die tengah syok2 online titibe kena keluar kejap ke makan dengan family, kompem die akan switch pindah online dekat handphone pulak. huu, sayang betul beliau dekat incik facebook ye. huu.

Kelima : Teman tidur.
Yang ini pula kalau die nak tidur mesti die online dulu dekat handphone baru die buleh tidur agaknya. huu. Konkonan macam baca bedtime story laa sebelum tidur. huuu. Dah wish good nyte dekat semua makhluk yang ada dalam friend list laman sosial die baru lah die senang hati nak tidur. Ouhhh, how sweet this people :3 lol. haha. See, die sayang betul dengan kawan2 facebook die. hehe.

So, ini lah antara ciri2 atau kriteria manusia yang sedang mengalami ketagihan laman sosial yang berjaya di kaji oleh saintis2 meow sedunia. haha. Anda tergolong ke ? hehe. Eleyhh, cik meow ni poyo0 je.. ntah2 cik meow yang macam 5 golongan kat atas tu. haha. Memey laa.. cik meow tulis ni dari pengalaman cik meow sendiri :3 tp tu satu mase dlu mase zaman cik meow hot2 gitu. haha (hot ke ? lulz) Mase zaman cik meow baru2 nak up. huuu. Zaman sekolah2 menengah. Tapi ntah kenapa, start cik meow sambung Dip. ketagihan tu mule hilang sikit2. Sampai kadang kalau tak online sebulan pon tak kesah. huu. (kecuali mase zaman cinta berputik antara cik meow dengan Encik meow dulu^^) ehem ehem.. hee.

Tak salah kita nak berfacebooking, bertweeting, berwhatsapping dan berwechating.. cuma kita kena pandai limitkan supaya laman sosial ni tak control hidup kita :) Rasanya, aktiviti ni sesuai di lakukan ketika ada waktu terluang sahaja (melainkan bagi mereka yang ada buat business di internet). Waktu kita makan, kita makan, waktu kita kerja, kita kerja. Waktu kita bersama family, ketepikan dulu laman sosial ni. Sampai satu tahap kritikal kadang tu, kawan2 satu meja makan, tapi tak bertegur sapa sebab masing2 sibuk dengan handphone dan laman sosial masing2.

So, sapa2 yang rasa dia ketagih laman sosial ni, marilah berdiet laman sosial. Lagi pon tak elok mengadap internet 24 jam je, dikhuatiri minda kita tidak berkembang dan hilang interaction skill dengan orang2 di dunia nyata. Takut jadi malu tak bertempat nanti sebab tak biasa dah bersembang dan berbual dengan orang di dunia sebenar :)

Sekian,
cik meow ^^

1 comment: