A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Saturday, December 28, 2013

Merawat kucing yang di jangkiti virus SPORO.

*Gambar kucing di jangkiti sporo dari carian google.
Apa perasaan anda bila melihat gambar di atas tu ? Bagi mereka yang bukan pecinta haiwan seperti kucing mungkin rasa geli. Tapi bagi sesiapa yang seperasaan (Wohoho.. bahasa ceruk mane aku pakai ni) dengan cik meow mesti di selubungi perasaan sedih, kesian dan tak sampai hati bila melihat gambar haiwan yang di sayangi Rasulallah ni :(

Okay, kucing-kucing dalam gambar tersebut telah di jangkiti sejenis virus iaitu virus sporo atau nama sciencetific nya Sporotrichosis. Ia merupakan sejenis penyakit yang di sebabkan oleh kulat/fungus Sporothix schenckii (tetibe rase cam veterinar pulak. ngee :P). Menjangkiti kulit, pernafasan, tulang dan otak dan berjangkit melalui sentuhan dan pernafasan. Bagi adopter kucing kat luar sana tu, anda kena tahu pasal penyakit ni supaya dapat perhatikan kucing2 kesayangan anda dijangkiti atau tidak. Kalau dijangkiti, anda kena berhati-hati dan ambil tindakan segera sebab penyakit ni boleh berjangkit kepada manusia.

Fungus sporo ni asal die dari persekitaran seperti tanah dan tumbuhan. Kadang-kadangkan kucing kita jalan-jalan keluar rumah, cari awek, rebut awek, rebut kawasan semua tu meningkatkan risiko si comel kita dijangkiti. Apabila kulit kucing tersangkut pada duri/dahan tubuhan, terkena cakaran dan gigitan dari haiwan lain boleh menyebabkan kucing kita dijangkiti virus yang kejam ni. huu.. Semakin mudah kucing kita dijangkiti bila ada luka terbuka. Manusia pula dijangkiti melalui sentuhan dan pernafasan.

Tanda-tanda kucing yang dijangkiti ni seperti kudis di bahagian kepala, selalunya pada bahagian hidung dan muka. Selain tu kudis di bahagian kaki dan ekor. Kudis ni boleh merebak dan membesar. Mula-mula kudisnya kecik je. Lama-lama kalau tak di rawat makin besar. Pastu kucing yang dijangkiti mungkin akan demam, hilang selera makan, lesu dan tak aktif lagi :(

My Experience.
Okay, tu serba sedikit pasal virus Sporo ni. Now, cik meow nak share experience cik meow merawat kucing cik meow yang dijangkiti sporo dulu. Nama kucing cik meow tu Omei :')

Ni lah Omei. Encem kan die. heee.. dulu die ni abg kawasan ni . hehe.
Tapi sekarang omei dah tak ada. Die hilang macam tu je :')
Waktu kejadian (cehh cehhh.. kenkonon detective conan lettew. haha) masa cik meow sekolah menangah lagi, Form 2 form 3 cmtu lah. Mula-mula dulu cik meow perasan ade luka dekat muka omei, kat bahagian hidung die tapi tepi. Mase tu ingatkan luka biasa je. Biasa lah kan, hero la konon baru lepas gaduh. huuu =.='' Tapi lepas tu lama sangat luka die tu tak sembuh2 macam luka sebelum2 ni. Makin teruk ada lah. Makin besar dan merebak kat muka omei. Selain dekat muka dekat tangan die pon ade sikit. Pon sama, tak sembuh2. Hmm.. masa tu cik meow dengan ibu cik meow dah mula risau. Then, cik meow ajak ibu bawak omei pergi vet. Mase tu cik meow pegi vet kerajaan dekat kajang. Kalau vet swasta memang mencekik leher sampai memancut2 darah lah jawabnye die punye mahal.. huu T_T

Jumpe je doctor die check2 sikit then die ckp omei kene Sporo. Mase just macam "ouh okay.. sporo.. so?" Sebab mase tu tak tahu menatang ape ntah sporo ni. Tak sangka pula serius. huuu.. Doctor pon terangkan lah serba sedikit pasal sporo ni mcm yang cik meow dah membebel panjang lebar kat ats tadi. Part paling sedih sekali bila doctor ckp "Selalunya kalau ade kucing kne sporo ni kita bagi die tidur je, sebab tak nak berjangkit pada kucing lain dan manusia." And me just like "Oh, no ! that's not a good idea" (tapi cakap dalam hati je la =.='') Mana tak nye, doctor tu ckp bagi tidur maknenye matikan Omei. Mana boleh ! huu. Mesti ada ikhtiar lain. Cik meow terus dekatkan omei dengan cik meow sebab takot kalau doctor tu amik omei. huu.. Then, cik meow pandang ibu n geleng kepala laju-laju. huu..

Pastu doctor tu cakap ada satu je ubatnya. Tapi mahal sikit, sebiji dalam berapa pulah ntah (tak ingat k). Ubat pil, tumbuk and campur dalam makanan omei. Boleh beli dekat farmasi. Doctor tu kate, cakap je kat farmasi tu kita nak ubat sporo, nanti tahu lah die. Cik meow dengan ibu pon setuju. Balik tu terus singgah farmasi untuk beli ubat tu. Memang mahal. huu.. tapi tak pelah, demi Omei :')

Mula dari tu tiap kali omei makan ibu campurkan ubat tadi dalam nasi die. Selera je die makan, tak pahit ke. huu.. tapi Alhamdulillah die makan habis selalunya. Dalam masa rawatan tu jugak omei kene kuarantin kat rumah. Tak boleh keluar jumpe awek. Haha. Dalam sebulan macam tu, luka omei mula kering and lama lama sembuh sepenuhnya :)

Lepas tu pergi balik dekat vet tu bgtw perkembangan omei. Doctor tu ckp ubat tu memang berkesan. Tapi ade something yang sangat mengejutkan. Doctor tu kata ubat tu sebenarnya ada campuran enzim babi. huuuuuuuu T_T Kenapa la incik doctor tu tak cakap siang2. Dah malam baru nak cakap. Kalau tahu boleh la jugak hati2 nak bagi omei makan ubat tu, cuba untuk tak sentuh or asingkan mangkuk die ke or pape ikhtiar. Huu, pape pon omei dah sembuh. Balik tu terus buang mangkuk yang omei guna untuk makan ubat and samak tangan. Walaupun masa tu kita tak tahu, tapi dah tahu ni samak je lah, bia lebih yakin. Tapi Alhamdulillah omei kembali sihat dan cergas. Dah boleh mengurat lagi. haha :D

So, kita sebagai manusia dan khalifah kat atas muka bumi ni kena lah saling membantu antara makhluk. Kalau kita dah bela kucing tu, automatik kucing tu dah jadi amanah dan tanggungjawab kita untuk jaga makan minum sakit die. Jangan bela kucing masa die comel je, jangan bela kalau nak suka2 seronok2 je, bila die sakit jangan tinggalkan or jangan buang die ! Sebab cik meow dah jumpa manusia kejam tak guna macam ni. Jiran cik meow sendiri. Mase kucing die comel dan sihat bukan main lagi die sayang. Sekali kucing die dah berkudis berkurap terus die tak kasi masuk rumah sampai kucing tu mati. JAHAT ! Kalau macam tu jangan bela kucing lain kali. huhhh.. ter emosi pula saya. huhu . Okaylah, tu je lah serba sedikit (cam banyak je. huuu ) pasal sporo. 

cik.meow ^^




1 comment:

  1. salam..
    yup yup cik oren.. indeed... kesian.. :,( T_T
    klu nk kucing ne jge leklok..

    ReplyDelete