A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :) A SIMPLE HELLO COULD LEAD TO A MILLION THINGS :) A simple hello could lead to a million things :)

Song

Friday, August 7, 2015

Simple Homemade PIZZA !

Burrrrrppppppppp... Alhamdulillah.
Ehh, sorry2. Tak perasan pulak. Hee, teruk betul cikmeow ni sendawa tak tengok kiri kanan. haha.
Em em mane tak nye. Puas makan pizza tadi. pizza buat sendiri kan. Bile dah buat sendiri tu dah tentu lah buat banyak.haha.

Skang ni cikmeow kalau teringin nak makan pizza, cikmeow buat sendiri je. Takde nak pegi beli dah kt pizza hut ke dominos ke. Lagi untung buat sendiri. Puas makan. Duit pun jimat. Senang pon senang. hee. Sbb cikmeow masak pizza tu tak pakai oven pon. Pakai magic pan je. hihi :)

*google image

Nak tahu caranye ? Senang je ! mehhh sni nak ajorrrrr. heee


Ni Cikmeow tunjuk untuk buat dua keping Pizza taw :)

Bahan2 yang korang perlukan untuk buat doh pizza :
- Tepung gandum
- Yeast / Mauripan sepeket
- Secawan air

Bahan2 untuk buat topping :
- Tomato puree (Kalau nak pakai prego pon boleh)
- Daging cincang
- Mozarella cheese
- Lada banggala
- Tomato
- Serbuk oregano
- Daun salam
- Garam
- Gula
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)
(Actually, topping ni boleh ikut selera korang. Korang boleh letak cendawan butang, sosej, ayam, isi ketam. Ikot la selera tekak korang cane)

Okay, cara2nye..
First skali korang buat doh nye dulu.

Korang bancuh lebih kurang satu setengah sudu yeast dalam secawan air suam. Sudu makan taw. Kalau mauripan tu korang pakai sepeket la. Bile dah bancuh, tunggu die bebuih.

Bile yeast korang dah berbuih, korang uli dengan tepung gandum sampai jadi doh. Sukatan tepung ? em em, korang masukkan je secawan yeast td pastu masukkan sikit2 tepung pastu uli sampai jadi doh. Selagi doh tu lembik n melekat2 kat tangan selagi tu la korang tambah tepung. Asal dah tak melekat2 tu dah okie dah. Bile dah siap, korang bahagi dua n ketepikan dulu.

Sementara tunggu doh tu mengembang, kite siapkan sos dlu.

Bwang yang dah di cincang. Tomato puree. Daun salam.

Tumis bawang cincang tadi. Minyak sikit je taw. Kalau tak sos korang berminyak2 pulak kang.

Bile bawang korang dah naik bau, masukkan tomato puree.

Pastu masukkan daun salam, garam and gule. Gule lebih kurang dua sudu camtu. Kalau cikmeow suke manis skit bru sedap :)
Bia kan menggelegak, then angkat masuk bekas.

Pastu korang siapkan daging pulak..

Daging cincang dan oregano. Daging tu kalau korang malas nak blend beli la yang daging cincang ramli tu k

Korang goreng daging tu. Ni cikmeow goreng tak pakai minyak, tu air daging tu keluar. Kalau korang nk pakai minyak pakai skit je k.

Okie, daging pon dah siap.

Sos dah siap, daging dah siap. Pastu bawang putih ngn bawang merah di cincang, lada banggala ngn tomato korang potong dadu.

Okie, pastu amik magic pan korang, tepekkan doh yang dah kembang tadi.
Tapi sebelum korang pegang doh tu, minyak kan dulu kedua2 belah tapak tangan korang taw. Pastu ratakan doh kat dalam magic pan. Pakai tangan je. Kalau korang suka yang crunchy, korang tepek nipis2. Tapi kalau korang suka yang tebal, korang tepek la tebal2.

Lepas tu korang sapu la sos tomato yang korang buat tadi.

Then tabur daging cincang 

Pastu bawang, lada banggalan and tomato

Last sekali bende yang paling penting dah tentu lah Cheese ! hee. Tabur lah ikot suke hati korang. Lagi banyaklagi best. huhu.
Then masak atas api serdahana dalam 8 ke 10 minit.
dan hasilnye... 

Tadaaaaaaaaaa... ! ^_^
Hee, time panas2 ni korang terus potong taw. Baru la bertali cheese nye macam kat pizza hut tu. hihi. And sedia untuk di makan. Aummmmm ! heee :P

Kalau korang nak try pizza tuna, lagi senang nak buat.
Korang just tukarkan sos tomato tu kepada mayonis, and daging tu tuka kepada tuna la. Nak lagi sedap korang beli nenas dalam tin tu, tabur atas pizza. ummm.. yummy ^^

Sos and bahan2 topping tu kalau tak habis, korang boleh simpan dalam fridge. Esok boleh buat breakfast. Tinggal buat doh and tabur je. hihi.



Ouh iye, Kalau korang malas nak buat doh, Korang just pakai roti gardenia ni je pon boleh. Susun dalam magic pan, sapu sos and tabur topping macam biase. Senang kan :)

Okiee. Tu je. Selamat mencuba :)

8 comments:

  1. bestnyaaa.. tetibe lapar plak tengok pizza tu.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pon buat sndiri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. pasni buat sendiri la. lg jimat ^^

      Delete
  3. Nampak sedap pizza tu, nak cuba lah nti :-)

    ReplyDelete
  4. wahhh... sedap ni... boleh dicuba resepi ini nanti... tq

    psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

    ReplyDelete
  5. rajinnya buat sendiri. Saya selalu call je terus. Hewhewhew

    ReplyDelete